Episode 3

15K 348 3
                                    

            “Kenapa tak cakap kau cintakan   Hanis?” Wajah Ferhad aku tatap. Terasa membahang wajah kerana menahan perasaan malu yang mencengkam. Tiga bulan lalu dihadapan kompleks sukan inilah aku meluahkan perasaanku kepada Ferhad. Dia jelas tergamam saat rasa hati ini aku luahkan.
          
Bukan niatku ingin menjadi gadis tidak tahu malu, tetapi naluriku berbisik galak menyuruh aku meluahkan rasa yang terpendam. Kebaikan, perhatian dan tidak aku nafikan kekacakan wajah Ferhad menawan hatiku.
          
“Aku tak sampai hati nak beritahu kau. Aku tak nak disebabkan perkara remeh ni hubungan kita terputus. Dah lama aku sukakan Hanis, Cuma baru ni saja aku berani nak luahkan perasaan aku pada dia.”
          
Hal remeh? Itukah yang ada dalam fikiran Ferhad? Remehkah hal itu kalau membabitkan soal hati?
          
“Kenapa kau berani luahkan perasaan kau pada Hanis selepas aku buat pengakuan yang aku cintakan kau?” Hati ini berbisik mengatakan dia bertindak kejam, sekurangnya dia lafazkan dulu penolakkan kepada diriku, mungkin ketika itu hatiku tidak akan separah ini. Menanti keputusannya selama tiga bulan, dan yang aku perolehi adalah berita yang terasa menghancur leburkan setiap inci tubuhku.
          
“Aku tiada jawapan untuk persoalan kau Syada. Aku minta maaf. Aku harap apa yang pernah terjadi tak akan sampai ke pengetahuan Hanis. Aku minta sangat kau rahsiakan semua ini.” Ferhad tenang berkata. Kadang kala aku cemburu melihat ketenangan yang wujud dalam dirinya. Ferhad tidak mudah melatah dengan perkara yang terjadi dalam hidup dia.

TITISAN AIR MATA KASIHWhere stories live. Discover now