"Alhamdulilah mahmud talifon abang bagitahu dia dah dapat penderma yang sesuai.” Jelas kedengaran suara papa. Mama aku lihat berkali-kali meraup wajah tanda kesyukuran. Aku ingin berada bersama mereka, berkongsi rasa gembira itu, tetapi aku tahu aku tidak layak. Sejak aku sah menjadi menantu keluarga ini kasih sayang yang aku damba langsung tidak menjengah.
Mama bagaikan berperang denganku. Masanya banyak di habiskan memujuk hati Ferhad dan Hanis. Walaupun sedih aku harus akur, semua ini berpunca dari aku dan risikonya harus aku sedar dari awal.
Aku nampak Ferhad tersenyum. Jelas dia turut gembira dengan perkhabaran itu. Melihat senyuman itu membuatkan hati aku terasa puas. Sekurang-kurangnya apa yang aku lakukan terasa berbaloi.
Aku melangkah menuruni tangga satu persatu. Rumah agam yang dulunya hanya aku lawati ketika cuti semester kini menjadi kediaman rasmiku.
“Apa yang gembira sangat?” Aku bertanya pura-pura teruja. Apa yang aku perolehi di sebalik pertanyaan itu hnyalah jelingan tajam dari mama dan riak wajah jengkil Ferhad.
“Kita dah jumpa penderma yang sesuai Syada.” Mujurlah papa masih sudi melayan pertanyaanku. Sebetulnya hanya papa yang masih menerima aku dengan tangan terbuka di dalam keluarga ini.
....
Ferhad DanielRasa bosan menyelubungi perasaanku. Kelibat mama, papa dan Hanis belum kelihatan. Selalaunya pada waktu ini mereka sudah datang. Ingin membaca tiada sebarang buku yang ada. Hari ini masuk hari yang keempat pembedahanku berlalu. Luka pembedahan beransur pulih. Aku masih berada dalam pemantauan kerana risiko penolakkan buah pinggang yang telah di dermakan kepada aku mungkin akan berlaku.
Bunyi pintu yang dibuka membuatkan aku tersenyum senang. Pantas kepala aku panggung. Senyuman yang aku pamerkan perlahan-lahan mati dengan sendiri. Dia? Setelah berhari aku dirawat baru hari ini dia menunjukkan muka. Kalau boleh aku mahu dia terus lenyap.
“Abang sihat?” Pertanyaan yang keluar dari bibir Syada tidak ingin aku jawab. Perasaan meluat kuat melantun di segenap ruang dalam badanku. Tiada sebesar zarah perasaan suka yang berbaki untuk wanita bernama Syada Qistina. Aku tidak perlukan isteri rendah martabat seperti dirinya.
Pengenalan aku dengan dia aku kira kesalahan terbesar pernah aku buat. Sangup dia perangkap aku. Untuk apa dia lakukan semua itu? Kerana duit? Kerana cemburu atau kerana dendam dek penolakkan aku dahulu?
“Syada tahu abang tak suka Syada datang sini, tapi Syada tetap perlu datang. Syada nak tengok keadaan abang.” Pangilan abang yang terluah membuatkan aku mual. Berlagak sopan kononnya, tetapi hati busuk!
“Aku memang tak suka. Kalau kau tak datang terus lagi baguslah.” Mendengar kata-kataku membuatkan wajah itu berubah riak. Tetapi aku tahu dia sedaya upaya mengawalnya.
“Syada isteri abang. Aina berhak datang melawat.” Sedikit begetar suara itu. Aku tidak peduli. Kalau hatinya terguris berkali ganda lagi hati Hanis dan keluargaku terguris akibat perbuatannya. Jauh di sudut hati aku tahu, dia yang merangcang penangkapan kes khalwat kami beberapa minggu sudah.
"Aku tak perlukan isteri macam kau. Kau tahu, perkahwinan aku dengan kau mimpi terburuk pernah aku lalui.” Mendengar kata-kataku Syada pantas berlalu. Sempat aku memandang juraian air mata di pipinya. Dan entah mengapa aku terasa gembira melihat dia menagis. Itu baru sedikit. Aku pasti akan buatkan dia menyesal memerangkap aku dalam perkahwinan bodoh ini.
YOU ARE READING
TITISAN AIR MATA KASIH
RomanceTITISAN AIR MATA KASIH (View sendiri sebab malas nak description) *Ferhad Daniel *Syada Qistina *Iman Hanis (cerita ini diEdit dan diPaste semula)