Pakaian dibadan aku perbetulkan. Rambut yang selama ini jarang aku lepaskan aku biarkan mengurai bebas. Dengan mengunakan kedua belah tangan aku menyelerakkan rambut agar menjadi kusut. Air mata yang sejak dari tadi mengalir sedaya upaya aku tahan. Keputusan telah di buat dan aku harus teruskan. Buruk atau baik, aku harus telan diatas keputusan yang telah aku ambil.
Bunyi loceng apartment yang aku duduki bersama beberapa orang rakan lain kuat berbunyi. Dengan langkah yang perlahan aku menapak ke arah pintu. Selepas ini hidup aku akan berubah. Berubah untuk selamanya.
Semakin menghampiri tombol semakin lembik kakiku. Saat terkuak pintu jelas wajah Ferhad berubah memandang ke arahku. Dengan pakaian tidak sempurna mana aku yakin dia pasti terpana. Wajah sengaja aku kerutkan bagai menanggung kesakitan
“Teruk sangat ke demam kau? Tukar baju cepat. Aku tunggu dekat bawah.” Ferhad jelas tidak selesa melihat keaadaanku. Saat dia ingin berlalu aku pantas menjatuhkan tubuh. Terkocoh-kocoh Ferhad kembali kerana ingin membantu. Saat tubuh dia hampir kepadaku, tubuh itu aku paut erat.
“Aku tak larat.” Mungkin menyangka keadaanku teruk Ferhad pantas mengangkatku menuju ke sofa. Ketika dia ingin meletakkan aku di atas sofa tubuhnya hilang imbangan. Ketika itu juga laju tanganku menyerabutkan rambutnya.
“Astafirullahhalazim.” Mendengar suara kekecohan yang berlaku aku sedar rancanganku berjalan seperti yang di rancang. Maafkan aku Ferhad. Dan air mata yang tadi kering kembali mengalir.
YOU ARE READING
TITISAN AIR MATA KASIH
RomanceTITISAN AIR MATA KASIH (View sendiri sebab malas nak description) *Ferhad Daniel *Syada Qistina *Iman Hanis (cerita ini diEdit dan diPaste semula)