Syada Qistina
Lain yang aku rancangkan lain pulak yang terjadi. Kenapa mesti dia melayan aku dengan baik? Tidak bolehkah dia terus dengan perang kebencian dia terhadap aku? Itu akan lebih memudahkan urusan aku. Tiga bulan ini dia tidak sudah-sudah memburuku.
Ternyata telahanku mengenai perkahwinannya dan Hanis jauh menyimpang. Mereka tidak berkahwin. Ferhad memberitahu yang dia tertangkap Hanis sedang bermesra dengan Asyraf dalam keadaan mengaibkan di dalam kereta.
“Abang datang jemput Syada di rumah ye?” Mendengar suaranya di corong telifon membuatkan aku gelabah. Tidak boleh. Aku belum bersedia untuk memperkenalkan Farez kepada Ferhad.
“Tak usah. Awak massage je alamat tempat kita nak jumpa. Nanti saya pergi.” Aku cuba menghalang.
Bunyi loceng pintu yang galak berbunyi menyebabkan perbualan aku bersama Ferhad terganggu. Pantas aku menamatkan perbualan. Aku tersenyum bila Farez laju melangkah ke pintu. Tidak perlu disuruh.
“Uncle nak jumpa siapa?” Terdengar bicara Farez pantas aku melangkah menuju ke arahnya. Uncle mana? Buatnya orang berniat jahat, risau jugak aku. Pintu yang terkuak kecil aku buka lebar. Tergamam bila di sebalik pintu besi tersembul wajah Ferhad yang memegang tangan Farez erat.
“Awak buat apa dekat sini?” Kalut aku bertanya. Bukan ini yang aku mahukan. Aku perlukan masa yang sesuai untuk memperkenalkan mereka.
“Ibu, ni abah adik ke?” Pertanyaan dengan wajah penuh pengharapan itu membuatkan aku tidak sampai hati ingin menafikan. Aku tidak mahu bertindak kejam. Kesakitan membesar sebagai anak yatim piatu masih terasa dan aku tidak mahu walau sesaat anak kesayangaku turut merasa apa yang pernah aku lalui.
“Apa ni Syada?” Wajah Ferhad turut berubah. Dia jelas nampak kebingungan. Pintu pagar besi yang memisahkan kami berdua dengannya, aku buka. Tanpa menungu pelawaanku pantas dia melangkah masuk.
“Syada ada benda nak cakap.” Aku menarik nafas panjang. Segalanya malam ini harus aku lepaskan.
YOU ARE READING
TITISAN AIR MATA KASIH
RomanceTITISAN AIR MATA KASIH (View sendiri sebab malas nak description) *Ferhad Daniel *Syada Qistina *Iman Hanis (cerita ini diEdit dan diPaste semula)