Farez nampak kacak pada pandangan mataku. Dengan baju kemeja kotak dan seluar jeans skinny dia kelihatan cukup bergaya. Hadiah pertama pemberian abah yang baru dikenalinya tidak sampai seminggu.
"Kacaknya anak ibu." Aku memuji. Dia tersengih mendengar pengakuanku. Lesung pipit di kedua pipinya jelas kelihatan. Segalanya yang ada pada wajah itu adalah milik Ferhad. Langsung tiada persamaan pada wajah itu denganku. Dengan penuh kasih tubuh itu aku peluk. Aku menghidu aroma dari tubuh anak kesayanganku. Bau itu, sampai nafas terakhir sekalipun tidak mungkin aku lupa.
"Abah bila nak datang ibu?" Dia bertanya. Jelas riak wajah teruja tergambar dalam setiap pandangan matanya. Hari ini Farez akan diperkenalkan dengan atuk dan neneknya. Sejak dari tadi dia tidak habis-habis memberitahuku yang dia seronok ada atuk dan nenek. Sedangkan aku? Getaran untuk bertemu kembali dengan papa dan mama hanya Allah sahaja yang tahu. Selepas permintaan mama dahulu sejujurnya aku benar-benar terasa hati. Di sebabkan kata-kata mama jugaklah aku mengambil keputusan nekad meninggalkan Ferhad.
"Ibu kita tunggu dekat bawah nak?" Farez berkata. Membulat mata itu merenungku.
"Jom." Aku tersenyum bila Farez melompat kecil. Tidak pernah aku melihat Farez seceria ini. Nama abah tidak putus-putus keluar dari bibirnya. Farez bagaikan begitu ketagih dengan pangilan itu.
YOU ARE READING
TITISAN AIR MATA KASIH
RomanceTITISAN AIR MATA KASIH (View sendiri sebab malas nak description) *Ferhad Daniel *Syada Qistina *Iman Hanis (cerita ini diEdit dan diPaste semula)