Episode 18

13.2K 326 0
                                    

Terasa mengeletar langkah kakiku. Aku harus kuat. Walau apa yang terjadi aku harus kuat. Itulah yang aku ulang berpuluh kali sejak dari semalam. Pintu bilik mesyuarat aku tolak setelah aku mengetuk perlahan.

Aku menundukkan wajah tanda hormat kepada semua lembaga pengarah. Sebab kelewatan aku terangkan. Mereka menganguk-anguk berpuas hati. Mataku meliar mencari wajah yang aku rindukan selama ini. Wajah itu nampak jelas berubah. Lebih matang dengan janggut yang di potong kemas di bawah dagu. Dia nampak tekun menerangkan sesuatu kepada seorang lelaki di sebelahnya.

Mataku melilau mencari tempat kosong. Terasa payah benar ingin melangkah bila kerusi untukku betul-betul bertentangan dengan tempatnya duduk. Aku menarik perlahan kerusi, tetapi masih kedengaran kuat bergeser. Pantas wajah itu memandang ke arahku. Saat itu aku tahu dia tergamam. Nampak jelas riak wajahnya berubah.

TITISAN AIR MATA KASIHWhere stories live. Discover now