Salam aku berikan. Bersyukur dengan izin-Nya sekali lagi aku dibenarkan bersujud mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakan. Telekung yang bersarung dikepala aku tanggalkan. Bunyi dentuman pintu kuat kedengaran membuatkan aku sedikit tersentak. Berdebar kencang persaanku. Dalam fikiran bermacam perkara buruk terbayang.
Wajah Ferhad yang muncul membuatkan aku menarik lafaz lega. Sebentar Cuma perasaan itu. Terduduk aku bila tanpa isyarat tamparan jantan Ferhad kuat mengenai wajahku.
“Kau dah berjaya rosakkan hidup aku, apa lagi yang kau tak puas betina?” Suara Ferhad melengking kuat. Tergamam aku mendengar kata-katanya. Apa salah aku? Sedaya upaya aku mengagahkan diri untuk bangun.
“Apa maksud abang?” Aku bertanya. Tanganku dibawa meraba ke wajah. Peritnya lebih mencengkam dari tamparan yang Hanis hadiahkan. Perit bukan sahaja di wajah tetapi juga di hati.
“Apa kau buat dekat Hanis? Tak puas lagi hati kau?”
Hal tadi rupannya. Aku yakin, pasti Hanis sudah memutuskan perhubungan dengan Ferhad. Kalau tidak, masakan Ferhad boleh sebengang itu.
“Syada Cuma berjuang tuntuk hak Syada. Salahkah?”
“Berjuang sampai memukul orang? Kau patut bersyukur tahu Hanis tak mahu panjangkan kes ni. Kalau tidak aku sumpah kau kena humban dalam penjara.” Kata-kata Ferhad membuatkan aku terkebil merenungnya. Pukul? Bila waktunya aku cederakan Hanis?
“Syada tak pernah pukul Hanis.” Aku cuba mempertahankan diri. Hanis, kenapa aku bodoh sudi mempercayai dia. Sekarang semua kesalahan tergalas berat di pundakku. Ferhad pasti memandang lebih serong.
“Sekali lagi kau jumpa Hanis, tahulah nasib kau.” Ferhad berlalu. Kemarahan masih jelas terpancar di wajahnya.
YOU ARE READING
TITISAN AIR MATA KASIH
RomanceTITISAN AIR MATA KASIH (View sendiri sebab malas nak description) *Ferhad Daniel *Syada Qistina *Iman Hanis (cerita ini diEdit dan diPaste semula)