Ferhad Daniel
Aku membersihkan perlahan tangan Syada dengan tuala basah. Jelas kelihatan uratnya di tangannya menimbul. Dalam masa tidak sampai dua bulan aku mendapat tahu penyakitnya kesihatannya merosot dengan mendadak. Makanan yang dimakan banyak dimuntahkan kembali berbanding dengan yang dapat memasuki perut. Berat badannya juga turun.
Pandangan matanya yang sayu membuatkan hatiku turut pilu. Andai dapat aku undurkan kembali masa pasti dia tidak akan aku persiakan. Dulu saat aku mula merasa getaran terhadap Syada dia pergi membawa sekali bersama perasaanku yang masih tidak menentu. Waktu itu aku sendiri tidak tahu apa yang ada di dalam hati aku. Yang aku tahu kehilangan dia memberikan tamparan yang cukup besar.
Berbulan-bulan aku menjadi penyiasat tidak bertauliah mencari jejak Syada. Hubungan aku dengan mama jugak hampir musnah bila mama mengaku yang dia ada menyuruh Syada tinggalkan aku. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku berperasaan begitu, sedangkan semasa awal perkahwinan kami, aku tidak sudah menyumpah agar Syada hilang dari pandangan mata aku.
Saat aku menangkap Hanis curang di belakang aku juga, aku langsung tidak berasa apa-apa. Bagaikan apa yang terjadi tidak memberikan aku makna.
“Ibu.” Suara Farez jelas kesedihan. Anak kesayanganku melangkah masuk ke dalam bilik kami. Laju kakinya melangkah ke arah Syada. Tangisannya kemudian kedengaran kuat berbunyi.
“Nak ikut ibu. Nak ikut ibu.” Berkali-kali ayat itu di ucapkan Farez. Dengan bersusah aku lihat Syada berusaha mengangkat tangan untuk memeluk tubuh Farez.
“Syuhh..Anak ibu kenapa ni?” Dengan nada lemah Syada bertanya. Aku lihat di hujung matanya juga air jernih mula mengalir.
“Adik taknak pakcik amik ibu.” Tangisan Farez semakin kuat. Aku cuba menariknya dari memeluk kuat tubuh Syada, bimbang mendatangkan kesakitan terhadap dia. Tetapi rangkulan Farez terasa kejap. Syada hanya mengelengkan kepala kepadaku tanda tidak kisah.
“Dia mimpi ni.” Syada berkata perlahan. Tangannya menepuk-nepuk bahu Farez.
Melihat keadaan mereka berdua menerbitkan rasa cemburu di hati, pantas aku merebahkan badan di sebelah Syada. Tubuh mereka berdua aku rangkul erat. Perasaan sebak menguasai aku. Membayangkan Syada diambil dariku air mata mengalir keluar. Kalau dulu demi sebuah ego aku tidak akan menangis tetapi sekarang semua itu bagaikan sudah hilang.
Terasa sedikit benar masa yang aku ada dalam membahagiakan Syada. Ketika dia masih bertenaga serata tempat yang teringin di lawatinya aku bawakkan. Di setiap tempat yang kami pergi aku sedaya-upaya membina memori indah agar semua itu dapat menjadi kenangan terindah dalam hidup kami berdua. Mendengar tawa Syada dan Farez sudah cukup memberikan seribu makna kepadaku.
Tangan Syada yang ingin menyentuh wajahku aku sambar. Kucium tangan itu sepuas-puas hati.
“Jaga Farez baik-baik bang. Syada nak anak kita jadi anak yang soleh. Jaga mama dan papa. Tolong Syada sampaikan ucapan maaf pada Hanis sebab pisahkan abang dengan dia.” Mendengar kata-kata Syada membuatkanku kelu. Entah mengapa dapat aku rasakan masa untuk aku bersama dengan Syada semakin suntuk.
YOU ARE READING
TITISAN AIR MATA KASIH
RomanceTITISAN AIR MATA KASIH (View sendiri sebab malas nak description) *Ferhad Daniel *Syada Qistina *Iman Hanis (cerita ini diEdit dan diPaste semula)