“Aku nak bertunang.” Ayat itu membuatkan aku menjerit gembira. Tidak sedar bila Hanis bercinta. Tetapi sebagai sahabat aku tetap menyokong apa sahaja yang baik untuk kehidupan Iman.
“Kau tak nak tanya dengan siapa aku bertunang?” Hanis tersenyum. Jelas di matanya dia sedang berbahagia. Siapa sahaja lelaki memperolehi wanita sehebat Hanis pasti beruntung.
“Dengan Siapa.” Teruja aku bertanya. Beberapa wajah menjelma dalam fikiranku. Asyraf? Senior yang tidak putus mengejar cinta Hanis atau Hakim si mamat playboy yang pernah di gosipkan dengan Hanis?
“Ferhad.” Mendengar sepotong nama yang disebut terus mematikan senyumanku. Ya Allah kenapa mesti dia? Kenapa tidak Asyraf atau Hakim? Saat itu aku rasakan dadaku ditikam dengan berjuta kaca yang tajam. Sakitnya tidak dapat aku gambarkan.
“Kau tak gembira ke aku nak bertunang dengan Ferhad?” Mungkin menyedari riak wajahku yang berubah, Hanis segera bertanya.
“Gembira, cuma aku terperanjat. Bila korang bercinta? Aku tak tahu pun? Sampai hati korang rahsiakan dari aku.” Aku bertanya. Sedaya upaya riak gembira yang terhakis aku cuba ciptakan kembali. Sabarlah duhai hati.
“Baru dua bulan. Saja kami tak nak hebohkan dulu. Masa aku bertunang nanti kau kena datang tau. Majlis lepas kita grad. Saja aku bagi tahu awal. Excited sangat rasa.” Hanis nampak teruja berbicara. Sedangkan aku?
YOU ARE READING
TITISAN AIR MATA KASIH
RomanceTITISAN AIR MATA KASIH (View sendiri sebab malas nak description) *Ferhad Daniel *Syada Qistina *Iman Hanis (cerita ini diEdit dan diPaste semula)