Episode 23

14.1K 299 4
                                    

Ferhad Daniel

Serabut. Itulah satu perkataan yang aku boleh ucapkan. Dalam penat aku mencari si penderma yang bermurah ternyata orang yang aku cari selama ini ada di sisi. Kenapa aku tidak sedar?

“Kami hanya galakkan penderma di kalangan ahli keluarga pesakit.” Kenapa aku tidak sedar ayat itu memberi seribu maksud? Bodohnya aku. Patutlah Syada hanya muncul selepas beberapa hari aku menjalani pembedahan.

Paling teruk aku hadiahkan penderitaan kepada dia. Sedangkan dia sangup mengorbankan masa depan untuk lelaki yang tidak tahu menghargai seperti aku.

“Orang dekat” Satu lagi klu yang di berikan oleh Uncle Mahmud terimbas. Orang dekat. Isteri. Itulah yang dimaksudkan.

.....................
Syada Qistina

Air mataku yang mengalir tidak mampu untuk kusekat. Kenapa cepat benda itu merebak? Masa setahun yang diberikan hanya berbaki tiga bulan. Itu pun belum tentu mencecah ke tiga bulan.

“Bagi abang peluang untuk bahagiakan Syada” Dia muncul bersama dengan wajah yang dibasahi air mata. Rahsia yang aku pertahankan selama ini bukan lagi rahsia. Aku yang tiba-tiba pitam ketika keluar bersama dia membuka rahsia yang aku sembunyikan selama ini.

Kanser usus peringkat akhir. Sakit yang aku deritai dua tahun lepas. Bukan tidak mahu menjalani rawatan. Tetapi memikirkan Farez yang masih kecil membuatkanku menanguhkan  dulu rawatan. Saat aku sudah bersedia, segalanya sudah terlambat. Kanser sudah memasuki tahap keempat. Tidak berguna lagi ubat bevacizumab dan rawatan kimoterapi terhadap penyakitku. Apa yang aku ada hanyalah doa dan bertawakal kepada Allah. Andai umurku di panjangkan aku bersyukur andainya aku di jemput mengadapnya lebih awal aku tetap bersyukur kerana aku tahu Ferhad ada untuk membesarkan Farez.

“Syada dah nak mati. Abang boleh cari yang lebih baik.” Aku menolak. Aku tidak boleh bertindak kejam. Selepas kes di rumah mama dan papa keadaan kembali pulih bila Ferhad berusaha meyakinkanku yang dia memang tidak tahu akulah yang mendermakan buah pinggang kepadanya.

“Abang nakkan Syada saja.” Tubuhku ditarik dan dipeluk erat. Pertama kali sepanjang mengenalinya dia menangis. Saat ditimpa kemalangan dan memerlukan pemindahan buah pinggang dengan segera, aku lihat dia masih mampu bertenang. Sekarang ketenangan itu hilang, dan saat ini aku menyedari yang cinta diluahkan dia selama ini memang ada untuk aku.

“Syada nak makan apa? Cakap dekat mama. Nanti mama buat.” Aku tersenyum mendengar pertanyaan mama. Disaat aku menghitung detik aku di panggil mengadap sang pengcipta rupanya terselit hikmah disebalik semua itu.

Setitis kasih sayang keluarga yang aku dambakan selama ini aku sudah perolehi dan cinta Ferhad yang aku kejar dulu sudah aku rasai, walaupun nikmatnya hanya untuk sedetik tetapi aku sudah berpuas hati. Sekarang aku hanya mengharapkan kasih sayang dari Allah yang maha pengasih dan mengasihani.

TITISAN AIR MATA KASIHWhere stories live. Discover now