Aku tidak tahu bagaimana harus beriaksi. Mama kian mendekat. Kata-katanya dahulu terasa berulang tayang dalam fikiranku. Tubuh mama berhenti betul-betul di hadapanku. Tangan itu diangkat. Pantas aku memejamkan mata. Mungkin kali ini habuanku adalah tamparan pula. Usapan-usapan kecil di kedua-dua pipi membuatkan aku pantas membuka mata. Jelas di pandanganku mata mama berkaca-kaca. Seketika kemudian tubuhku menghilang dalam rangkulannya.
“Maafkan mama Syada. Maafkan mama.” Mendengar ucapan maaf itu air mataku turut mengalir. Terbang melayang segala rasa sakit di hati. Ajaibnya kuasa seorang ibu tidak dapat aku nafikan. Mungkin inilah rasa yang sama dirasai Farez saat dia melakukan kesalahan dan datang memeluk aku sebagai tanda ucapan maaf.
Aku tersenyum memandang Farez yang kecoh bercerita tentang kenangannya bersekolah di Sabah kepada mama dan papa. Kadang kala aku sendiri tidak terlayan dengan mulutnya yang banyak bercakap. Semua benda hendak di tanya dan semua benda hendak di cerita.
“Syada, abang ada benda nak cakap.” Ferhad yang tiba-tiba duduk di sebelahku membuatkan aku sedikit terperanjat.
“Apa?” Aku bertanya perlahan. Dalam pada masa itu sempat aku membalas lambaian tangan Farez.
“Abang nak Syada terima abang. Abang nak tebus semua dosa abang selama ni terhadap Syada.” Mendengar kata-katanya membuatkan darah terasa meruap ke wajahku. Arghh. Aku benci bila dia belagak hipokrit. Bukan aku tidak sedar, tadi di meja makan ramah mereka bercerita dan yang paling tidak disenangi cerita mengenai pemindahan buah pinggang Ferhad menjadi cerita. Benda dah basi buat apa nak diungkit? Ataupun mereka sudah tahu sesuatu jadi berpura-pura baik terhadap diriku. Sebab itulah mama menangis berjumpa dengan aku.
Pantas aku bangun. Kalau sebab kes itulah mereka berbaik, aku tidak sudi. Aku sudah menghalalkan semua yang aku bagi, dan aku tidak mengharapkan mereka terpaksa menerima aku sedangkan hati mereka tidak rela.
“Kenapa ni?” Kalut Ferhad bertannya. Mungkin tidak menyangkakan reaksiku.
“Kalau abang nakkan Syada sebab abang dah tahu Syada yang dermakan buah pinggang tu, baik abang lupakan. Syada dah halalkan semuanya.” Pantas aku berlalu menuju kearah mama dan papa. Mereka tergamam bila tangan mereka aku capai dan aku kucup sebelum menarik tangan Farez bangun. Bukan niat aku hendak biadap tetapi desakan hati yang kecewa mendorong aku bertindak sebegitu.
Aku memandang keluar tingkap. Tidak sudi untukku memandang kearah Ferhad. Tadi ketika aku mahu berlalu pantas dia mengekori dan memaksa aku naik keretannya.
“Kenapa tak cakap Syada yang dermakan?”
“Dah tahu, buat apa nak cakap?” Sedikit keras nadaku. Biarlah. Kali ini aku mahu melayan perasaan di hati. Selama ini aku sudah banyak beralah. Kali ini aku akan pastikan aku tidak di perbodohkan lagi.
“Abang tak tahu. Puas abang tanya dekat Uncle Mud, tapi dia tak nak bagi tahu sebab terikat dengan peraturan dan janji. Rupanya selama ni Syada yang jadi penderma.” Mendengar kata-katanya membuatkan aku pantas memandang ke arahnya. Mustahil. Bukankah dia sudah tahu?
“Kenapa tak cakap?” Dia seolah-olah berbicara sendiri. Aku malas ingin mengambil pusing
Biarlah semua ini kembali seperti biasa.
YOU ARE READING
TITISAN AIR MATA KASIH
RomanceTITISAN AIR MATA KASIH (View sendiri sebab malas nak description) *Ferhad Daniel *Syada Qistina *Iman Hanis (cerita ini diEdit dan diPaste semula)