"Bilik kau dekat bawah.” Aku menunjukkan satu bilik yang berdekatan dapur. Rumah yang dihadiah sempena graduasi aku oleh papa. Rumah banglo corner lot yang selama ini menjadi idaman aku untuk membina keluarga bahagia. Yang pastinya bukan dengan wanita yang begelar isteriku sekarang ini. Hanya Hanis yang layak memegang gelaran itu dan dalam masa beberapa minggu lagi pasti dia akan aku ceraikan. Buat sementara ini dendam yang membara harus aku lunaskan.
Aku melihat dia laju melintasi aku dan mengatur langkahnya menuju ke tingkat atas. Tergamam seketika aku melihat reaksinya. Seketika kemudian aku bagaikan tersedar, pantas aku membontoti langkahnya.
“Kau buat apa dalam bilik aku?” Geram rasa hati bila dia meredah ke dalam bilik yang sudah terisi dengan barang-barangku.
“Tempat seorang isteri di sisi suami.” Ringkas ayat itu membuatkan aku membara. Dia bagaikan sengaja ingin mencabar aku.
“Tugas seorang isteri pun kau pasti tahukan?” Pintu yang terbuka aku tutup. Dengan perlahan aku menghampiri dia.Tangan itu aku tarik menghampiri katil. Dia hanya kaku bila aku membaringkan tubuhnya keatas katil, jelas kelihatan tubuh itu semakin menggigil. Nampak ketakutan dan itu yang aku mahukan.
YOU ARE READING
TITISAN AIR MATA KASIH
RomanceTITISAN AIR MATA KASIH (View sendiri sebab malas nak description) *Ferhad Daniel *Syada Qistina *Iman Hanis (cerita ini diEdit dan diPaste semula)