Syada Qistina
Air didalam gelas aku sedut perlahan. Resah dan getar di hati hanya Allah yang tahu. Menanti kemunculan ‘musuh’ membuatkan aku mengelabah sendiri.
Kerusi yang di tarik kasar membuatkan aku pantas menegakkan badan. Beberapa kali aku menghembus dan menarik nafas bagi meredakan ketidakselesaan yang mencengkam.
“Kau apa khabar?” Wajah Hanis aku tatap. Rindu rasanya ingin mendengar bibir itu berbicara. Kalaulah keadaan tidak seperti ini pasti kami sedang bergelak ketawa bersama.
“Aku tak ada masa nak melayan kau. Cepat, apa yang kau nak cakapkan sangat.” Kedengaran angkuh suara itu pada perdengaranku. Rasanya itu sudah cukup baik dari dia terus membisu. Sekurang-kurangnya dia masih sudi menerima perlawaanku untuk bertemu selepas perkhianatan yang aku lakukan.
“Aku harap kau boleh tarik diri Hanis. Ferhad suami aku sekarang. Aku hanya ada dia dalam hidup aku.” Walaupun aku dicop pentingkan diri aku tetap rela asalkan kebahagiaan yang aku idamkan selama ini menjadi nyata. Walaupun aku kecundang, sekurangnya kecundang aku selepas berjuang.
“Tu bukan masalah aku. Kau yang rampas dia dari aku dan kau pun kena bersedia aku rampas dia balik dari kau.”Terjegil mata Hanis memandangku. Jelas riak tidak puas hati terpeta di wajahnya mendengar permintaan aku.
“Tolonglah Hanis. Aku merayu pada kau. Tinggalkan Ferhad.” Sekali lagi aku mencuba. Di dalam hati tidak putus aku memohon supaya Allah melembutkan hati Iman.
“Jangan mimpi!” Serentak dengan itu tubuhku terasa kebasahan disimbah dengan jus tembikai yang aku pesan untuk Hanis. Minuman yang menjadi kesukaannya selama ini.
“Kau jangan melampau Hanis. Selama ni kau ingat aku tak tahu, kau buat hubungan sulit dengan Asyraf di belakang Ferhad? Aku diamkan sebab aku anggap kau sahabat aku. Masa Ferhad terlantar dekat hospital mana kau? Berseronok dengan jantan tu kan?” Mendengar kata-kataku jelas Hanis terpana. Mungkin tidak menyangka rahsia yang di simpan rapi selama ini telah aku ketahui.
“Kau jangan nak fitnah aku.” Suara itu nyata bergetar.
“Aku pejamkan mata selama ni sebab aku ingat kau akan berubah Hanis, tapi kau semakin teruk. Masa mama suruh kau pertimbangkan cadangan berkahwin dengan Ferhad ada kau pertimbang? Tak kan?” Sebulan Hanis kau diam. Nyawa Ferhad dah terancam kau pula sibuk dengan bercinta dengan Asyraf.” Segala yang aku pendam selama ini aku luahkan. Bukan sekali bahkan berkali-kali aku pernah terserempak dengan Hanis. Berpegangan tangan dan sesekali kepala Hanis terlentok jatuh ke bahu Asyraf, bersahabatkah jenis bahasa tubuh begitu?
Aku tidak mahu mengungkit sebenarnya, apatah lagi selama ini keluarga Hanis banyak berjasa kepada aku, tetapi aku harus mempertahankan hak aku bila Hanis tidak sudi menghargai. Kalau Hanis jenis setia, aku percaya mungkin akan sekarang sudah berada jauh dari semua orang.
“Kau nak aku buat apa sekarang?” Suara itu jelas mengendur. Tiada lagi nada tengkingan. Jelas riak kerisauan mendengar kata-kata aku tadi.
“Tinggalkan Ferhad.” Dan pantas aku berlalu.
YOU ARE READING
TITISAN AIR MATA KASIH
RomantikTITISAN AIR MATA KASIH (View sendiri sebab malas nak description) *Ferhad Daniel *Syada Qistina *Iman Hanis (cerita ini diEdit dan diPaste semula)