Episode 15

13.2K 324 4
                                    

Mama apa khabar?” Aku bertanya kepada mama. Bakul berisi muffin coklat yang aku buat aku berikan kepada mama. Peluang mengenali keluarga Ferhad memberikan aku kesempatan untuk mengetahui kegemaran keluarga mereka. Mama masih santai menonton tv. Muffin yang aku hulurkan langsung tidak bersambut lantas aku letakkan di meja kopi berdekatan dengan mama.

“Buat apa kau datang?” Penuh riak angkuh mama bertanya. Tergamam aku mendengar pertanyaannya. Mana perginya mama yang aku sanjungi selama ini?

“Syada rindukan mama.” Benar perasaan rindu yang hadir membuatkan aku sudi memalukan diri bertandang ke rumahnya. Sudah hampir dua bulan semenjak kami berpindah rumah aku tidak berkesempatan untuk berjumpa mama. Pesanan dari Ferhad tidak membenarkan aku keluar membuatkan aku beringat, tetapi desakkan hati tidak mampu aku tolak. Mama aku lihat masih beriak kosong. Bagai tidak terkesan mendengar kata-kataku.

“Apa yang perlu Syada buat supaya mama maafkan Syada? Terima Syada macam dulu?” Tangan tuanya aku pegang. Semakin mama menarik semakin kuat aku mengengam.

“Tinggalkan Ferhad. Aku tak mahu bermenantukan kau.” Kata-kata itu laju meluncur dari bibir mama. Terasa air mata yang sekian lama tidak menjengah mataku kembali membuak mendengar permintaan seorang ibu. Hina sangatkah aku pada pandangan mama?

“Syada sayangkan Ferhad mama. Syada sayangkan mama dengan papa. Tak boleh ke mama terima Syada?” Tangisan yang aku simpan terhembur. Kenapa payah untuk aku mengapai bahagia? Seumur hidup hanya secebis kebahagiaan yang aku mahukan. Kenapa itupun sukar untuk aku gengam? Mama juga seorang perempuan tentu dia lebih mengerti hati seorang perempuan.

“Aku harap Hanis jadi menantu aku bukannya kau. Aku tak nak nanti keturunan aku tercela. Mak bapak kau sendiri pun kau tak kenal. Entahkan betul entahkan tidak kau tu anak sah taraf.” Mendengar bicara yang aku anggap biadap dari mama membuatkan tubuh mengeletar. Itukah yang ada pada fikiran mama selama ini? Sehina itukah aku?

“Mama.” Aku ingin menjerit kuat tetapi suaraku bagaikan tidak terkeluar. Biarpun di besarkan di rumah anak yatim tetapi umi dan babah tidak pernah mengajar kami biadap dan aku sendiri tidak mahu mensia-siakan ajaran mereka.

Terasa aku memang tersilap bila keluar tanpa kebenaran Ferhad. Kalaulah aku mendengar kata-katanya tentu aku tidak perlu mendengar kata penghinaan dari bibir mama, wanita yang aku kagumi dan sayangi dahulu. Sekarang juga rasa itu tetap sama. Tiadak pernah berubah.

“Aku harap kau tinggalkan Ferhad. Kalau tidak aku takkan maafkan kau sebab perangkap anak aku.” Dengan kata-kata itu mama berlalu. Kerasnya hati mama bagaikan sukar dilentur. Tegarkah aku meninggalkan Ferhad demi memenuhi keinginan seorang wanita begelar ibu?

TITISAN AIR MATA KASIHWhere stories live. Discover now