Episode 19

13K 367 4
                                    

Ferhad Daniel

Bunyi kerusi yang bergeser membuatkan perbincanganku dengan Encik David tergangu. Pantas wajah ku pangung ingin melihat siapa yang menarik kerusi yang sebentar tadi kosong di hadapanku.

Nafas terasa sesak. Dia! Dia yang aku cari selama ini. Wajah yang membuatkan aku separuh gila merindu. Raut wajah itu masih seperti lima tahun lepas. Tiada yang berubah. Mungkin yang berubah adalah dari segi kematangan berpakaian. Kelihatan begitu bergaya.

Tumpuanku terhadap perincangan terganggu. Langsung tidak hadam dalam kepalaku penerangan-penerangan yang berapi dikeluarkan oleh beberapa orang pekerja. Apa yang ada dalam fikiranku sekarang hanya dia. Saat mesyuarat berakhir aku menarik nafas lega.

“Syada.” Aku memangil perlahan. Aku tahu dia mendengar tetapi langkah kaki itu semakin laju melangkah.

“Kita kena bincang.” Tangan  aku tarik. Terdorong dia kebelakang. Jelas wajah itu tidak selesa dengan tindakan aku.

“Syada sihat?” Aku memulakan bicara. Air di dalam gelas aku kacau perlahan-lahan mengunakan straw. Aku mengeluh bila dia hanya mengangukkan kepala. Benci sangatkah dia kepada aku sehinggakan sepatah perkataan pun tidak sudi dia ucapkan?

“Syada tinggal dekat mana sekarang?” Aku masih mencuba nasib. Walaupun sepatah ayat aku tetap ingin mendengar suaranya berbicara

“Damansara.” Satu ayat tetapi sudah cukup memberikan aku senyuman. Lega. Sekurangnya dia masih sudi untuk bercakap denganku.

“Sorang?”

“Tak dengan an... Kawan.” Aku memandangnya pelik. Telingaku bagaikan menangkap sesuatu.

“Dengan siapa?” Sekali lagi aku bertanya.

“Kawan.” Mendengar kata-katanya aku menganguk tanda berpuas hati. Mungkin aku yang tersalah dengar.

“Dah lama kerja dengan Pribumi Holding?”

“Dah nak masuk lima tahun. Dulu di Sabah. Baru minggu lepas transfer ke sini.” Mendengar kata-katanya barulah aku tahu mengapa pencarian aku selama ini sering berakhir ke jalan yang buntu. Jauh benar dia membawa diri.

“Malam tu kenapa tinggalkan abang?” Itulah pertanyaan yang selalu bermain dalam fikiran aku selama ini. Akhirnya mampu jugak aku luahkan.

“Awak tak perlukan saya. Buat apa saya nak tunggu.” Mendengar jawapannya terasa wajahku seperti di tumbuk. Ya aku tahu semuanya berpunca dari aku. Bahasa diri yang di gunakan jugak meyakinkan aku yang aku sudah tiada dalam hatinya.

“Siapa cakap?” mendengar pertanyaan aku. Membuatkan dia mendiamkan diri. Jelas dia terperanjat mendengar pertanyaanku.

TITISAN AIR MATA KASIHWhere stories live. Discover now