Episode 1

27K 440 14
                                    

Syada Qistina

"Syada cintakan abang." Aku merenung wajah Ferhad Daniel. Wajah itu tetap membeku. Hanya memandangku dengan riak kosong bagaikan apa yang aku luah hanya sekadar ucapan biasa. Salahkah aku andai mengharapkan setitis kasih? Besar sangatkah permintaan itu?
          
“Kau sendiri tahu, kau tak layak untuk itu.” Hanya dengan sebaris ayat Ferhad terus berlalu. Kolam mata terasa memberat. Pandangan mata terganggu dek air mata yang bila-bila masa sahaja akan menodai pipiku.
          
Kalau mencintai seorang lelaki itu diangap berdosa, maka berdosalah aku kerana mencintai, dan kalau mengharap kasih itu diangap pengkhianatan maka pengkhianatlah aku. Salahkah andainya aku berjuang untuk mendapatkan semua itu?
          
“Tidak salah Syada. Cuma cara engkau yang tidak betul. Engkau mengharapakan cinta disebalik kedukaan orang lain. Kasih yang engkau minta juga atas kehancuran hati seorang wanita, jadi layakkah engkau untuk semua itu?” Suara hatiku berbicara sendiri. Ya, aku memang tidak layak.
          
Mengenali Ferhad dan Hanis adalah hadiah terbesar dalam hidupku. Pertama kali menjejak kaki ke Universiti Utara Malaysia dua nama itulah yang mula menghulurkan salam persahabatan. Saat susah dan senang kami kongsi bersama, pertama kali aku rasa dihargai.
          
Aku membesar di rumah anak yatim selepas kematian ayah dan ibu kerana terlibat dalam kemalangan ngeri akibat kecuaian orang lain pada usia yang baru mencecah lima tahun. Di rumah anak yatim itulah aku membesar. Merebut kasih sayang umi dan babah pemilik rumah anak yatim bersama dengan berpuluh lagi kanak-kanak senasib denganku.
          
Ferhad dan Hanis beruntung kerana dilahirkanan dalam keluarga yang agak senang, tetapi kesenangan itu langsung tidak menjadikan mereka manusia yang hanya tahu mendongak ke langit. Meniti kehidupan sebagai seorang student membuatkan aku dihimpit dengan segala macam perasaan. Mujurlah ada Hanis dan Ferhad yang sudi mendengar keluh kesahku.
          
Berada di tahun akhir pengajian membuatkanku harus bekerja keras bagi menjadikan aku manusia yang berguna. Hanya dengan ilmu aku mampu meletakkan diri berbaris bersama orang lain.

TITISAN AIR MATA KASIHWhere stories live. Discover now