"Macam mana bang? Apa kita nak buat?” mama bertanya, mata itu tidak pernah kering dengan air jernih, yang kadang-kala membuatkan aku turut tidak dapat mengawal perasaan. Kalaulah aku di tempat Ferhad, dan kalaulah ibu dan ayah aku masih hidup, tentu mereka juga dilanda kesedihan, walaupun aku langsung tidak mampu mengingati memori bersama dengan mereka tetapi aku yakin aku pernah menjadi anak yang disayangi.
“Kita kena tunggu giliran ina. Selalunya mereka akan dahulukan orang yang lebih memerlukan.”
“Habis tu anak kita tak memerlukan ke? Abangkan doktor. Abang buatlah sesuatu.” Pertama kali selepas kes kemalangan Ferhad aku nampak mama bersemangat. Jelas api kemarahan terpancar di wajahnya mendengar kata-kata papa.
“Papa tahu. Tapi list yang menunggu ramai. Berapa peratus sangat orang yang sudi menderma?” Aku tahu kata-kata papa ada benarnya. Peratusan orang mendaftar dalam pendermaan organ di kalangan rakyat Malaysia masih kecil. Apatah lagi sekarang pendermaan di kalangan bukan ahli keluarga tidak di galakkan. Mama dan papa kalau di suruh menderma aku rasa sekarang jugak mereka sudi untuk berkorban, tetapi penilaian kesesuaian yang dibuat tidak memihak kepada mereka.
“Hanis, apa kata Hanis kahwin dengan Ferhad? Nanti Hanis boleh menderma.” Kata-kata mama menyebabkan suasana menjadi sunyi. Hanis jelas terpana mendengar cadangan mama.
“Hanis kena berbincang dulu dengan keluarga Hanis. Nanti Hanis beritahu mama ye?” Hanis bangun dan pantas berlalu. Rasanya Hanis terperanjat mendengar permintaan mama. Kalau aku di tempat Hanis sekalipun aku rasa aku juga akan bertindak sebegitu.
YOU ARE READING
TITISAN AIR MATA KASIH
RomanceTITISAN AIR MATA KASIH (View sendiri sebab malas nak description) *Ferhad Daniel *Syada Qistina *Iman Hanis (cerita ini diEdit dan diPaste semula)