5 tahun berlalu.
Syada QistinaAku menghirup udara bumi semenanjung sepuas-puas hati. Rindu yang terasa mengebu di hati selama ini bagaikan terluah. Walaupun terasa rindu tetapi selama bertahun ini aku menahan perasaan itu. Kini kerana sebuah tangungjawab yang perlu aku laksanakan aku kembali kesini. Lima tahun di sabah benar-benar mematangkan aku. Mengajar aku erti berdikari.
“Ibu.” Mendengar panggilan itu membuatkan aku segera menunduk ke bawah. Tanganku terasa di tarik.
“Ibu, adik lapar.” Mimik wajah seakan ingin menangis mencuit hati. Aku ketawa kecil. Farez Dazryn, anak kecil yang menjadi kebanggaanku selama ini. Ketika aku hampir hilang pedoman untuk hidup, Allah hadiahkan aku dengan nikmat yang tidak ternilai. Peluang yang aku nantikan selama ini. Yang pada perkiraan aku tidak mungkin dapat aku gapai. Hanya seorang wanita yang bergelar seorang ibu tahu betapa bahagianya aku diberi kesempatan untuk mengandung, merasa sendiri kesakitan ketika melahirkan dan memegang zuriatku dengan penuh perasaan kasih.
Kelahiran Farez Dazryn memberikan kembali makna dalam hidup aku. Tawaran kerja di bumi Sabah aku aku anggap rezeki yang Allah kurniakan kepada kami anak beranak.
“Ibu, adik lapar. Jomlah,” Tersentak aku dari lamunan. Tanganku di tarik oleh si kecil supaya mengikut langkahnya menuju ke Mcd.
“Ibu makanlah cepat.” Farez mengesa. Jelas ketidak sabarannya ingin pergi ke rumah baru. Puas aku memujuk untuk berpindah. Mulanya dia meragam juga kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan tadika. Bila aku janjikan kawan-kawan yang lebih ramai terus dia bersetuju.
“Tak sabar nak kerumah baru ye?” Kepalanya aku usap lembut. Dia mengelengkan kepala menyebabkan aku kehairanan.
“Adik nak jumpa abah. Hari tu ibu cakap abah jauh. Kena naik kapal terbang baru boleh jumpa. Tadi kita dah naik. Jomlah cepat ibu kita jumpa abah.”Mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Farez Dazryn menyebabkan aku terdiam. Ingatan anak kecil usah siapa pertikai. Sedangkan aku sendiri sudah terlupa bila aku berjanji.
“Hari ni tak boleh sayang. Abah sibuk. Nanti ibu bawa adik jumpa abah.” Jari kelingkingnya disuakan kearah aku. Dengan perlahan aku mengaitnya bertemu dengan jari kelingkingku. Itu cara yang Farez Dazryn gunakan bila ingin menuntut sesuatu dari aku. Aku berani menyambut kerana kepulangan aku kebumi semenanjung juga kerana ingin bertemu dengan Ferhad. Sudah berkahwinkah dia dengan Hanis? Kalau sudah nampaknya aku sudah peroleh madu itupun kalau aku masih bergelar isteri kepada Ferhad.
YOU ARE READING
TITISAN AIR MATA KASIH
RomanceTITISAN AIR MATA KASIH (View sendiri sebab malas nak description) *Ferhad Daniel *Syada Qistina *Iman Hanis (cerita ini diEdit dan diPaste semula)