Episode 12

12.4K 287 2
                                    

Tangan yang dihulur aku buat tidak nampak dan seperti biasa dia akan tetap menyambar tanganku.
“Kalau Syada ada buat salah Syada minta maaf bang. Syada sayangkan abang.” Aku langsung tidak terperanjat mendengar kata-katanya. Ayat itu telah aku hafal dalam kotak fikiranku. Saban hari dia tidak jemu menuturkan ayat yang sama. Dua bulan hidup bersamanya menbuatkan aku hampir menghafal setiap tingkahnya. Ada kalanya tercuit sedikit rasa kasihan di hati melihat dia sedaya upaya ingin mengambil hatiku.

Apabila membayangkan apa yang telah dia lakukan membuatkan rasa kasihan itu musnah dengan sendirinya. Betapa sukarnya untuk aku mendapatkan kembali kepercayaan Hanis, mujurlah penat lelah memujuk hati yang tercalar itu mendapat bantuan mama. Sekarang aku hanya menungu masa yang sesuai untuk melepaskan Syada.

“Dah, aku nak ke office. Kunci pintu ni. Jangan nak merayap pulak.” Syada hanya menganguk mendengar kata-kataku. Selepas berpindah ke sini aku menghalang dia dari bekerja. Aku tidak mahu dia berkawan dengan orang sebarangan dan mendedahkan perihal rumah tangga kami.

TITISAN AIR MATA KASIHWhere stories live. Discover now