Episode 6

13.1K 309 0
                                    

Syada, Ferhad pitam. Mama hantar dia ke hospital. Syada boleh datang tak?” Mendengar suara cemas mama dicorong telefon membuatkan aku mengelabah. Bukankah kesihatan Ferhad sudah beransur pulih? Kecederaan yang dialami akibat kemalangan tempoh hari tidaklah seteruk mana.

Mungkin selama seminggu aku memencilkan diri kesihatannya merosot. Hanya aku yang tidak tahu kerana melayan perasaan rajuk dihati. Sedangkan aku seharusnya sedar diri. Antara kami tidak mungkin akan terjadinya ikatan. Kenapa aku tidak berpegang kepada janji hati agar aku membuang semua perasaan yang ada?

...................
“Buah pinggang Ferhad gagal berfungsi. Kalau boleh kami perlukan penderma dengan segera.” Kata-kata doktor membuatkan kami tersentak. Hanis dan mama mula menangis.

“Tak ada cara lain ke Mud?” Papa bertanya. Mendengar kata-kata papa aku yakin papa pasti mengenali doktor itu.

“Tak ada Zamir. Buat sementara rawatan dyalisis mungkin berkesan. Apa kata kau masuk ke bilik aku. Nanti kita berbincang.” Papa menganguk kepala mendengar kata-kata Doktor Mahmud dan dia pantas berlalu mengikut langkah doktor yang pada perkiraan aku sebaya dengan papa.

“Apa kita nak buat mama?” Hanis bertanya kepada mama. Aku lihat mama mengelengkan kepala. Jelas wajah yang selama ini ceria nampak kurang berseri memikirkan nasib anak kesayangannya. Ferhad, satu-satunya anak yang mama dan papa ada. Anak yang selama ini menjadi kebanggaan mereka. Apa sahaja yang terjadi kepada Ferhad tentu memberikan tanparan yang besar kepada mereka.

TITISAN AIR MATA KASIHWhere stories live. Discover now