Ferhad Daniel
“Abang jom kita makan.” Tanganku ditarik Syada. Terhenti pembacaanku. Wajah itu nampak berseri. Seri yang sekian lama tidak aku nampak dan entah mengapa aku merelakan diri mengikut langkah kakinya. Melangkah sahaja ke bawah aku tergamam. Jelas segalanya berubah. Entah bila dia melakukan semua itu.
“Selamat hari lahir bang. Semoga abang panjang umur dan dimurahkan rezeki.” Terkaku aku bila tanpa amaran ciuman Syada menjengah pipi. Terasa mengebu satu perasaan halus di dalam hatiku. Syada yang manis dan Syada yang comel, kata-kata itu sering di ucapkan oleh kawan-kawan lelakiku semasa di universiti. Tetapi aku langsung tidak pernah tertarik. Padaku Hanis lebih menawan, sedangkan yang lainnya lebih mahukan Syada.
Dengan di temani cahaya lilin yang malap dan muzik yang romantik benar-benar membuai perasaanku. Syada aku nampak lain berbanding hari biasa. Entah pakaian yang di pakai membuatkan dia nampak mengancam atau rasa di dalam hatiku ini yang membuatkan semuanya terasa berada dalam keadaan yang betul dan sempurna. Atau mungkin kerana desakan hati yang terasa kerana Hanis bagaikan terlupa dengan hari lahirku.
Mengenali Syada sepanjang empat tahun, tidak pernah sekalipun dia gagal mengucapkan selamat menjelang hari lahir aku. Kadang-kala dia muncul dengan membawa muffin yang di beli dengan harga beberapa ringgit dan membawa lilin yang digunakan ketika bekalan elektrik terputus. Jujurnya aku harus mengakui Syada boleh menjadi sangat kelakar dan comel dalam sesuatu masa.
“Sedap tak?” lembut bicara itu menjengah perdengaranku. Aku hanya mampu menganguk. Sedikit tersentuh bila dia ingin menyuapkan sepotong daging kepadaku. Aku mengelengkan kepala tetapi dia masih tetap tidak berganjak. Perlahan-lahan aku membuka mulut dan jelas dia kelihatan sangat gembira.
Suasana itu berterusan bila kami melangkah ke dalam bilik. Syada menjadi sangat mengoda dan aku tidak mampu menolak semua itu.
........
Terjaga sahaja aku pagi itu, aku tersenyum. Segalanya bagaikan begitu sempurna. Aku tidak tahu perasaan apakah ini yang mewarnai hatiku. Terasa semuanya begitu indah. Perlahan-lahan aku memusingkan badan menghadap ke arah Syada. Kosong. Mati terus senyuman yang ada. Mungkin dia berada dalam bilik air. Lama menungu tiada sebarang bunyi yang kedengaran.Bingkas aku bangun. Pakaianku yang bertaburan aku pakai sepantas yang boleh. Langkah kaki aku bawa menuju ke bawah. Kosong. Seluruh rumah aku geledah, tetap kelibat Syada tidak aku ketemu. Dalam fikiranku hanya satu perkara bermain. Pintu almari aku buka dengan tangan begetar. Terduduk aku bila tiada sehelai pakaian milik Syada yang tinggal.
Ini yang aku mahukan, tetapi kenapa bila Syada benar-benar tinggalkan aku, aku tidak gembira? Bukankah aku patut bersorak sekarang ini? Aku ingin menangis tetapi aku tidak mampu. Tiada ucapan selamat tinggal. Sepatutnya aku menyedari tingkah dia yang mendadak berubah. Kenapa aku begitu bodoh?
YOU ARE READING
TITISAN AIR MATA KASIH
RomanceTITISAN AIR MATA KASIH (View sendiri sebab malas nak description) *Ferhad Daniel *Syada Qistina *Iman Hanis (cerita ini diEdit dan diPaste semula)