"Jangan ketawa dulu.. trek sebenar belum mula lagi ni." Ikmal menegur Aiman dan Anas yang sedang bergurau senda. Dia takut kalau nanti mereka keletihan sejurus tiba di gerbang RHB.
Tiap sebentar matanya menyinggah ke arah jam tangannya. Masa semakin suntuk. Mereka harus sampai di kawasan peak sebelum azan subuh berkumandang. Kerana niat utama adalah semata menikmati tular cahaya fajar dan terbit mentari..
"Weh.. suluh depan.. aku tak nampak jalan ni!" Wan berteriak di hadapan mengarahkan Anas dan Aiman supaya berhenti bergurau lantaran cahaya lampu suluh yang dipegang oleh mereka berdua tidak lagi mengarah ke hadapan.
Azrai dan Wan berjalan paling hadapan. Manakala Aiman dan Anas berjalan seiring di belakang Ikmal. Di antara mereka berlima, Ikmal adalah yang paling kerap mendaki gunung. Selainnya adalah lebih jarang manakala Aiman bertubuh gempal sedang mendaki buat pertama kali. Boleh dikatakan bahawa Aiman itu sudah lama tidak mengerah keringat dengan bersenam. Maka itu, Ikmal yang lebih berpengalaman ini agak risau dengan keupayaan Aiman.
Setelah beberapa minit menempuh trek di tengah ladang kelapa sawit, akhirnya mereka tiba di pintu gerbang yang tertera Broga Hill.
Terdapat dua gerbang. Yang sebelah kanan tertera 'Free' manakala lagi satu sedang ditunggu oleh seorang lelaki cina. Lelaki itu menyuluh lampu suluhnya ke arah mereka berlima.
Ikmal berkata kepada teman-temannya yang sedang terpinga-pinga. "Yang free ni trek baru.. yang ada apek tu trek lama dan berbayar. Kalau ni free jer."
"Kenapa ada free ada yang kena bayar?" Tanya Azrai.
"Dulu trek tu free jugak, baru sebulan ni diorang kenakan bayaran... mungkin dia tu tuan tanah kot.. So.. orang tak puas hati, diorang buatlah trek baru ni."
"Mana lagi susah?" Wan pula bertanya.
"Orang kata trek baru ni lagi mencabar. Lagi curam. Aku tak pernah cuba lagi... sebab baru bukak semalam trek ni." Jelas Ikmal.
Jangan ikut sana.. situ bahaya...
Kedengan suara lelaki cina tersebut menyahut mereka sambil menyuluh lampu suluhnya.
"Ikut sanalah.. sebab engkorang kan first time. " saran Ikmal.
Mereka pun akur lalu bergerak ke tempat lelaki tersebut berdiri.
"Situ jalan haram.. banyak bahaya.. semalam ada orang jatuh pengsan.. dia punya kepala sudah bengkok ooo.. bomba datang angkat dia bawa turun.."
"Bayar berapa tokey?"
"Satu ringgit saja..."
YOU ARE READING
Mengejar Sunrise
RandomLima sekawan mengorbankan masa tidur waktu malam demi mengisi seluruh hari yang terluang dengan perkara yang mereka fikir lebih produktif. Diisi dengan sebuah rencana yang menentang kebiasaan serta kenyamanan sehari-hari. Tanpa mereka pernah tahu ba...