Adalah Kegelapan.

39 2 0
                                    

"Adudududuhhh..." Iza mengerang kesakitan tatkala buku lalinya disentuh oleh ibunya.

Ikmal hanya memerhati gelagat kedua orang insan milik hatinya itu. Sejenak dia mengingat situasi cemas sewaktu berjalan menuruni trek Gunung Datuk siang tadi. Tiba-tiba sahaja adiknya itu sudah terlentang di atas permukaan trek berbatu. Dia terkejut sejurus mendapati wajah Iza yang sedang menahan kesakitan.

Lantas difikirkan oleh Ikmal akan pelbagai cara bagi melegakan kesakitan yang sedang dialami oleh Iza. Starting point masih jauh. Trek semakin curam dan sememangnya sukar untuk dituruni.

Sesudah Iza memaksakan dirinya berdiri. Mereka pun melanjutkan perjalanan. Ikmal mencadangkan Iza supaya mengengsot dari satu aras ke satu aras sampai trek ini kembali landai. Memang sukar menggunakan kaki yang terseliuh buat menuruni tebing curam.

Ibu membalut kaki Iza dengan pembalut sambil dibiarkan halia menempel di dalamnya. Itulah cara yang digunakan almarhum bapa mereka sewaktu merawat kaki Iza yang senang tersiluh.

Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 1 pagi. Ikmal mencapai beg sandang yang mengandungi handphone, power bank, wallet dan sekotak rokok John.

"Iza rehat lah.. Mal nak keluar lepak mamak.." ujar Ikmal sejurus mencapai kunci van yang tergantung di tempatnya.

"Okay.... adududuhhh.. mak jangan lah ketat sangat.. sakit.." rayu Iza kepada ibunya.

"Mal balik mana malam ni?" Tanya Ibu.

"Balik rumah abah.. siang Mal datang sini." Jawab Ikmal sambil menutup pintu gerigi.

Ibunya sekadar mengangguk tanpa melihat anak bujangnya itu.

**********

"Depan tu dah landai Man.. lepas tu kita dah keluar dari hutan ni.. haa dekat situ nanti kita rehat.. sikit jer lagi.." Ikmal cuba meyakinkan Aiman yang sedang mencungap-cungap mencari nafas.

"Ahhh... tipu... pembohong malah pendustaan.. dari tadi kau kata dah dekat.. dah nak landai... mana ada landai... pacak jer daripada tadi...." Aiman menyanggah dengan niat berseloroh.

Ikmal hanya mampu menahan tawa. Anas sudah ketandusan idea dan cara buat menguatkan semangat Aiman. Semua orang tahu bahawa Aiman bukanlah figur yang athletic. Tak pernah berlari... tak pernah bersenam.. tak pernah angkat berat. Inilah kali pertama Ikmal dan Anas menyaksikan Aiman bermandikan peluh. Kuyup dibasahi keringat. Bukan peluh yang diperah oleh suhu tinggi, tapi peluh yang dipaksa keluar.
"Cepat geng! Depan tu adalah masa depan!" Suara daripada sekumpulan pendaki melewati tempat mereka beritirehat ditujukan buat salah seorang dari mereka yang mungkin senasib dengan Aiman.

"Tak.. jangan percaya!! Dia tipu!! Depan tu tak ada masa depan.. depan tu hanya ada kegelapan!!"

Mengejar SunriseWhere stories live. Discover now