Kita Chill Dulu.

31 3 2
                                        

"Pergi Broga? Serius kauorang nak hiking?" Tanya Ikmal seakan tidak percaya akan apa yang baru didengarnya. Sudah lebih dua tahun sejak dia mula-mula menceburkan diri dalam aktiviti ini; sebelum ini puas dia mengajak teman-temannya ini supaya menyertainya, namun tiada yang mahu.

Dia kembali mengingat perbualan bersama Datul dan Iza di puncak Gunung Datuk tadi siang.

"Dah puas dah aku ajak. So, sekarang kalau diaorang nak ikut; biar diaorang cakap sendiri. Aku dah bosan." Terang Ikmal ketika Datul menanyakan teman-teman Ikmal yang tidak ikut serta mendaki hari ini.

"Iya-lah serius-lah ni Mal. Pishang doe.. tak tau nak buat apa." Jelas Aiman. Azrai pun turut mengangguk mengiyakan kata Aiman.

"Kalau nak naik Broga. Kita gerak sekarang jer lah. Sempat lagi ni nak tengok sunrise." Cadang Ikmal.

"Ada betulnya jugak rancangan anda itu Ikmal. Aku dengan Iwan haritu dekat Klebang nak tengok matahari tenggelam dekat laut; masa matahari tu dah sikit lagi nak sentuh garis ufuk tu, tiba-tiba ada awan kacau! Dia tutup matahari tu! Hampa! Kecewa!" Sekali lagi Aiman menceritakan kisah malangnya ketika mengamati sunset di Pantai Klebang, Melaka.

Ikmal, Azrai, Iwan dan Zarif ketawa besar tatkala mendengar cerita Aiman.

"Baik jugak ayat kau tu Man. Matahari terbenam awan kacau." Kata Ikmal sambil menaip kata-kata tersebut pada telefon bimbit.

"Haa.. nampak tak? Penulis punyer habit.. haha." Kata Zarif.

"Haha.. betul-lah tu." Sambung Azrai.

Ikmal kembali diam tak menunjukkan sebarang reaksi sebagai respon kepada anggapan Zarif dan Azrai.

"Okay. Nak pergi Broga.. kita berangkat sekarang-lah. Aku nak balik rumah tukar seluar jap. Kauorang tunggu depan rumah Arai; nanti aku datang." Arah Ikmal.

"Uiyoo.. hebat betul kau semua ni, baru plan terus pergi jer." Zarif teruja sampai dia seakan-akan hendak menepuk tangan.

"Kalau macam tu aku gerak balik dulu lah.. Take care dan selamat maju jaya." Sambung Zarif meminta diri sambil menghulurkan tangan bersalaman.

"Sekarang dah pukul berapa Man?" Tanya Azrai kepada Aiman.

"Pukul 2.15 a.m"

**********

Hai! Kita chill kejap. Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih pada anda yang sudi membaca kisah pertualangan ini. Macam mana setakat ni? Okay tak cerita ni?

Kalau okay jangan lupa vote! Kalau tak okay; ada rasa bosan; nak muntah hijau ke; sila lah komen. Supaya saya tahu di mana salah dan kurangnya. Lalu boleh lah saya yang khilaf malah budak baru belajar menulis pula; mempertingkatkan lagi mutu tulisan dan penceritaan.

Sekali lagi. Jangan lupa vote kalau suka!!

----------------------------------

Mengejar SunriseCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang