Mira: Part 1

54 1 0
                                    

Pelbagai gaya dari bermacam sudut mereka bergambar bagi menghargai saat indah seperti ini. Ini adalah anugerah. Sesuatu yang pada mulanya adalah mimpi tersangka mudah, kemudian datang kesukaran bertentang dengan mereka, lalu mereka lawan sehingga berakhir dengan penakhlukan ke atas tentangan tersebut.

"Yang kita takhluk adalah diri kita sendiri"

Bergilir-gilir mereka memegang telefon untuk bergambar supaya tiada seorang pun daripada mereka tidak bergambar. Setelah setiap sudut peak telah dirakam, Azrai berangkat terlebih dahulu untuk turun.

"Jom lah turun... aku dah lapar ni.." Pinta Iwan.

"Boleh jugak.. perut aku dah mintak nasi lemak dah ni.." Jawab Aiman.

"Jap lah, snap lagi sikit... tak cukup lagi ni..." Jawab Anas yang masih belum puas berfoto.

Ikmal mengekori Azrai menuruni tebing sementara yang lain kelihatan masih belum berganjak dari kawasan peak. Ikmal memintas Azrai terlebih dahulu. Kini dia pula berada di belakang sambil dia menoleh memandang tempat Azrai, Iwan dan Anas memanjat batu besar dengan menggunakan tali semasa tiba di kawasan peak tadi.

Kemudian, dia melihat pula Ikmal terus menuruni laluan menurun di hadapannya.

"Kau dengan Aiman naik lalu sini ke tadi Mal?" Tanya Azrai termengah-mengah.

"Yup." Jawab Ikmal memberhentikan langkahnya. "Kau lalu tali ke tadi?" Sambungnya. Azrai membalas dengan anggukan.

Ikmal mengacukan ibu jari lalu meneruskan langkah menuruni tebing tersebut. Berjalan lah kedua-dua mereka ini dengan berhati-hati.

"Aku tak nampak pun jalan ni tadi... memang lah kau selalu datang sini mal..." Bisiknya dalam hati....

* * * * * * * *

Empat tahun yang lalu.

"Weh mal, kau gayut dengan siapa tu?" Ikmal tersengih sebelum duduk semeja dengan Azrai dan Mira

"Dengan......"

"Cinggey lah ni.." Kata Azrai sebelum Ikmal sempat menjawab.

"Damn...kekasih okay...cinggey bukan panggilan yang sesuai untuk dia...hahaha.." Tegah Ikmal sambil tertawa.

"Hahaha.. Dah ada makwe..dah tak available lah ni... Aku tak tau pun..?" Sampuk Mira sebelum menghirup jus epal miliknya.

"Logik nya macam tu lah lebih kurang.. Kenapa ..kau ada terasa macam melepas ke? Sorry laa kau lambat..Hehe.." Seloroh Ikmal mengusik Mira yang kemudiannya tersedak.

"Apa kau cakap?! Sorry sikit, you are not my taste lah bangla.."

"Bangla kau kata aku....? What ever lah pendek... Bangla ini sedang meniti kebahagiaan cinta..."

"Go die lah bongok.." Tangan Mira laju mencucuk rusuk kiri Ikmal dengan kedua jari telunjuk dan jari tengah. Ikmal terbungkuk menahan pedih...

Azrai ketawa terbahak-bahak memerhati telatah Ikmal dan Mira. Kedua mereka itu sudah mengenali sesama sendiri sejak kecil. Mereka memang telah rapat, meski tiada hubungan keluarga dan mereka bukan lah jiran tetangga sekalipun. Tapi hubungan mereka sudah seperti adik beradik kembar. Sudah berbelas tahun mereka bersahabat, dan mereka adalah sahabat.

Boleh jadi, segala rahsia Ikmal, Mira tahu, manakala segala rahsia milik Mira juga diketahui oleh Ikmal. Mereka saling memahami dan sering punya minat yang sama. Result SPM pun sama...

Mengejar SunriseWhere stories live. Discover now