Nissan c20

25 4 1
                                    

Aiman membuka kunci pintu rumah Ikmal. Sambil itu, Ikmal sedang mengundurkan van Datsun c20 miliknya masuk ke halaman agar pintu bonet van ini terletak menghadap ke pintu rumah. Aiman mengawasi dari belakang supaya dia boleh memberikan isyarat kepada Ikmal apabila van tersebut tiba pada jarak yang sepatutnya.

Setelah tersuai letak van, Aiman segera masuk ke dalam lalu dihidupkan suis lampu rumah ini. Lampu luar dan lampu dalam pun menyala.

Ikmal mematikan enjin van lalu turun bersama segugus kunci di tangannya. Pintu bonet dibuka. Lalu, dia berdiri di belakang van tersebut merenung ruang bonet yang bersepah dengan meja lipat dan kaki payung. Sudah lama dia tidak mengemas atau membersihkan ruang dalam kenderaan ini. Sejenak dia terkenang kembali akan arwah ayah. Selalunya lelaki itu lah yang memberikan perhatian terhadap kenderaan ini. Maklum lah, kenderaan dah berusia seperti harus diberikan perhatian teliti dari segala segi. Kalau ada bunyi tak sedap je, bapa Ikmal akan langsung bawa van ni jumpa pomen.

Setelah ketiadaan bapa yang meninggal dunia tahun lalu, kini Ikmal mengambil alih tanggungjawab tersebut. Kerana itu lah dia menjual kereta Kenari miliknya supaya dia boleh menumpukan perhatian sepenuhnya ke atas van ini. Pendapatannya tidak mampu untuk menjaga maintainence untuk dua buah kenderaan ini.

Wang hasil penjualan Kenari itu digunakan untuk memperbaiki serba serbi van berusia 30 tahun ini.

"Ambik penyapu Man. Kita sapu bersih lantai van ni. Besi dengan sampah semua ni keluar kan.."

Aiman menurut perintah Ikmal. Lantai van disapu dan dibersihkan. Mereka harus cepat untuk segera kembali kepada Azrai dan Iwan yang menunggu di rumah. Sambil Aiman menyiapkan kerjanya, Ikmal masuk ke dalam rumah, ganti seluar.

"Dah siap Mal."

Ikmal langsung mencapai sebuah tilam nipis dan beberapa buah bantal lalu dibawa menuju ke bonet van sejurus mendengar kenyataan Aiman.

"Waa.. siap bantal tilam bagai.. terbaik !!" Kata Aiman teruja. Dia menyambut apa yang dibawa oleh Ikmal itu lalu dikemaskan di atas lantai ruang belakang van.

"Baru boleh feel travel sikit."

"Yeahhh.. aku nak bawak gitar lah.." sambil mengangkat ibu jari.

"Kau nak bawak gitar naik atas tu ke?"

"Kenapa? Tak boleh ke?" Soalnya kehairanan.

"Boleh.. tapi... ikut kau lah." Jawab Ikmal tersengih.

"Mal.."

"Yep"

"Aku nak try bawak van boleh?"

**********

"Kau nak pergi mana Long?" Mata Anas terkebil-kebil lantaran melihat Azrai lengkap berpakaian sukan. Tinggal kasut yang belum tersarung di kaki. Sejak Azrai tak main futsal jrang sekali dia melihat abangnya berpakaian seperti itu.

"Kitaorang nak gi Broga.." jawab Azrai sambil menarik zip rain coat serba hitam.

"Broga?!" Riak wajah Anas teruja. "Nak ikut?!"

"Nak ikut siap lah sekarang. Kejap lagi Aiman ngan Ikmal sampai terus gerak."

"Okay." Dia segera masuk ke rumah mendapatkan pakaian yang sesuai.

Azrai menyarung kasut di kedua kakinya.

"Sape lagi pergi?" Tanya Anas.

"Iwan., Ikmal ngan Aiman."

Anas siap berpakaian sukan berdiri tercegat di muka pintu.

"Angah tak ikut?"

"Tak. Biarlah dia tidur... Besok nak niaga lagi..." Jawab Azrai sambil mengikat kemas tali kasut.

Siap mengikat tali kasut, sebatang rokok dinyalakan.

"Jam pukul berapa?" Tanya Azrai sambil merenung jam yang melilit pergelangan tangan Anas.

"3.45 a.m"

**********

Vrooommmm!!!

"Giler ah.. First time aku bawak van ni.. Gear dekat stereng lak tu..." Tangan Aiman terkial-kial menukar gear. Pemutar steering yang sedikit longgar itu digenggamnya erat.

"Senang jer drive benda ni."

"Tapi kan Mal... Aku drive sampai rumah jer tau..."

"Kenapa.?"

"Tak berani aku. Stering ni macam bahaya jer. Macam mana kau boleh kawal benda ni.?" Matanya mengecil menumpukan perhatian ke arah jalan di hadapannya.

"Haa.. ye lah. Okay jugak.. Lagipun nak cepat.. Kalau slow macam ni alamat tak sempat lah nak tengok sunrise." Kata Ikmal sambil memerhati cara permanduan Aiman yang sangat berhati-hati.

"Tapi sedap van ni.. Enjin pun baik lagi.. bikin lah Mal van ni. Vintage kot." Aiman mula berimajinasi.

"Iye ah.." Ikmal merenung ke luar tingkap van... Dia merenung langit yang masih gelap. Di langit itu dia ikut membayangkan akan apa yang dimaksudkan oleh Aiman.

Sebuah van Nissan c20 warna retro., sport rim chrome., carrier di bumbung.. Turut hadir dalam bayangan itu adalah teman-temannya yang sedang bernyanyi bersama mengikut bunyi gitar yang dipetik oleh Aiman....

"Kalau aku buat., kita travel keliling semenanjung nak.?"

Mengejar SunriseWhere stories live. Discover now