"Kau pakai kasut ni Man?" Azrai tergamam sejurus mendapati Aiman dan sepasang kasut sneakers berjenama Vans pada kaki Aiman. Bukan kasut yang sesuai untuk aktiviti seperti hiking. Ia pasti akan mengganggu ketahanan fizikal dan stamina nanti.
Secara logik, kasut yang bertapak tebal dan elastik seperti kasut jogging adalah kelengkapan kaki yang lebih sesuai berbanding sneakers yang bertapak nipis dan keras. Meskipun ada kasut yang dikhususkan dengan aktiviti ini, tapi bagi newbie seperti mereka, kasut jogging sudah memadai.
"Aku tak ada kasut. Tak kan nak pinjam kasut Anas... kaki dia kecik..." Mereka serentak memandang kaki Anas yang tercengang mendengar kenyataan itu.
"Bantai laaa... Broga bukan susah sangat pun.. betul kan Ikmal?" Sambung Aiman sambil merujuk kepada Ikmal yang sudah pun menempati bangku pemandu Van C20.
Ikmal sedikit tersentak sebelum mengangguk senyum mengiyakan kata-kata Aiman.
"Haa...tu Iwan dah sampai..." Anas menghalakan telunjuknya ke arah simpang jalan. Iwan tiba-tiba muncul dari situ.
"Geng!" Sahut Iwan.
"Lambat kau ni..." Kata Azrai.
"Aku selongkar bilik stor tadi... cari kasut ni..." Mereka serentak pula melihat jenis kasut yang dikenakan oleh Iwan. Apa yang istimewanya kasut itu sampai sanggup dia menyelongkar bilik stor demi mendapatkannya.
"Kasut apa ni?" Tanya mereka serentak.
"Ini lah kasut hiking ayah aku.. Mahal kasut ni..." Mereka sedikit membongkok menatap setiap potongan kasut bertapak getak tebal dan bergerigi tersebut. Bahagian atas tapak termasuk ankle dibuat daripada kulit, padanya tertulis perkataan Salomon. Mungkin itu adalah jenama kasut tersebut.
"Apa beza kasut ni dengan kasut jogging...? Tanya Anas.
"Haaaa... Tak tau...Ikmal terangkan.." Iwan segera mendapatkan Ikmal yang duduk memerhatikan telatah mereka dari bangku pemandu.
"Kasut tu sesuai lah untuk hiking... Tak terlalu sempit...ada ankle support..air susah masuk.... Risiko kaki melecet dan terseliuh ada kurang lah sikit... Sesuai lah untuk long distance punya treking." Jelas Ikmal.
"Ooooohhhhh..." Azrai, Aiman dan Anas menyatakan isyarat faham.
"Tapi, kalau pakai kasut apa pun okay, cuma jangan terlalu ketat dan lembab... Lepastu jaga-jaga masa melangkah nanti...takut terpeleset jatuh... sebab risiko sebenarnya masa nak turun... Kalau kasut yang khusus untuk hiking...tapak dia dah di 'design' untuk naik dan turun... Melainkan kasut jogging atau sneakers, sesuai untuk permukaan jalan yang rata dan landai. Kasut jogging pun sama...tapak kasut tu di'design' supaya kita boleh melonjakkan badan ke hadapan sewaktu berlari... So.. masalah nya masa turun lah... Waktu tu, kita kena banyak brek...." Jelas Ikmal panjang lebar. Keempat-empat mereka terlongo mendengar keterangan tersebut.
"Tapi yang penting..... hati-hati...jangan seronok sangat..." Lanjutnya...
"Kenapa?" Tanya Aiman dan Anas serentak. Manakala Iwan dan Azrai beransur mengambil tempat duduk van..
"Takut nanti.... penat..."
YOU ARE READING
Mengejar Sunrise
RandomLima sekawan mengorbankan masa tidur waktu malam demi mengisi seluruh hari yang terluang dengan perkara yang mereka fikir lebih produktif. Diisi dengan sebuah rencana yang menentang kebiasaan serta kenyamanan sehari-hari. Tanpa mereka pernah tahu ba...