Burger Angah

37 3 1
                                    

Jarum jam telah melepasi angka 12. Cuaca malam ini baik sekali. Angin bertiup perlahan. Suhu tak terlalu dingin. Berbanding sebelum ini, bumi Tampin tak henti diguyur hujan.

Baru 2 hari ini Angah mulai berniaga setelah beberapa kali hasratnya terpaksa dibatalkan oleh keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Syukurlah, berkat kesabaran Angah menghadapi ujian sebagai penjual burger, 2 hari ini pendapatan Angah sangat memberangsangkan melangkaui jangkaannya. Tak henti warga setempat datang memesan burger. Mungkin mereka rindu menikmati kelazatan burger yang berlumuran cheese dan mayonis serta beberapa ramuan khas buatan Angah. Kelazatan Burger Daging Double Special Cheese iaitu menu istimewa di stall Burger Angah telah lama diperkatakan orang.

Tiada yang pernah merasakan Burger Angah melainkan orang itu datang berulang kali kerana candu dengan kelazatan sensasi burger tersebut.

Aiman dan Arifin geleng kepala memperhatikan Angah dan pekerjanya Amirul yang tidak berhenti bekerja melayan pelanggan sejak dari petang tadi. Kalau dapat duduk pun, tak sampai seminit dah ada orang datang pesan burger. Kalau rokok dinyalakan, tak sampai setengah batang Angah terpaksa mematikannya atau memberikan rokok tersebut kepada Arifin memandangkan Aiman tidak merokok.

"Kau pergi mana esok Pin?" Tanya Aiman menjengah kuping telinga Arifin yang sedang menikmati sedutan rokok sambil matanya tak lekang pada skrin handphone.

"Besok tak tau lagi... tapi pagi nanti aku pergi KL dengan mak aku.." jawab Ipin tanpa memberikan perhatian pada Aiman.

"Aduhh pishang siak... tak tau nak buat apa.. "

"Kenapa?" Tanya Arifin ringkas.

"Besok aku cuti.. ingat malam ni nak jalan-jalan Melaka. Atau lepak dekat Pantai Klebang sampai pagi. Boleh tengok sunrise."

"Kau memang pandai Man.. mana ada sunrise dekat Klebang.!! Sunset ada lah..!" Selar Arifin sambil ketawa terbahak-bahak.

"Laaahh.. mana lah aku tau.. aku ingat sama jer..." jawab Aiman sambil tersengih malu.

"..sebab hari tu aku tengok sunset dekat situ dengan Iwan. Dah cantik dah matahari tu perlahan-lahan turun... tapi nak dekat-dekat dengan garis laut tu.. tiba-tiba ada awan.. matahari hilang. Aku tak dapat tengok!! Awan tutup!!" Sambung Aiman bercerita.

"Hahaha! Kau memang malang lah Man. Oh.. iya .. Ajak lah Arai--bincang dengan dia. Arai cuti esok kan?"

"Itu lah.. tunggu dia datang lah ni.."

Tidak lama itu, mata mereka berdua bertumpu ke hujung jalan. Kelihatan sebuah motor Yamaha Lagenda sedang menghampiri mereka. Mereka kenal benar akan penunggangnya.

"Pergi mana Rai?" Tanya Aiman sejurus Azrai memberhentikan kenderaanya di hadapan mereka.

"Pergi sini lah.. tadi kau suruh datang sini..." jawab Azrai yang masih belum berganjak dari seat motorsikal nya..

Kelihatan Angah dan Amirul sudah mulai berkemas. Mungkin bekalan burger telah habis dan malam pun semakin larut.

"Lepak kedai Mek lah.." cadang Arifin serta-merta. Telefon bimbit miliknya dilepaskan. Tumpuan Arifin kembali kepada perbincangan di antara mereka.

Azrai dan Aiman bersetuju tanpa banyak bicara.

------------

Aiman menghirup segelas teh tarik sambil menyeret skrin telefon pintar memeriksa Intagram. Sebenarnya, tidak ada apa yang mahu dilihat pada aplikasi tersebut melainkan sekadar kebiasaan. Begitu juga Azrai dan Arifin yang diam membisu merenung skrin telefon pintar.

Angah masih belum kelihatan. Tadi mereka terpaksa berangkat dahulu ke kedai Mek lantaran Aiman yang tidak sanggup lagi menahan lapar. Nasi Goreng Pataya sudah mencengkam idamnya.

Sekarang nasi goreng pataya tersebut telah tenang bersemadi di dalam perutnya yang besar itu. Namun, kelibat Angah masih belum lagi kelihatan.

"Ikmal panjat Gunung Datuk lah tadi.." Azrai tiba-tiba bersuara sambil menunjukkan imej dari telefon bimbitnya.

Kelihatan Iza dan Ikmal sedang berdiri di atas sebuah batu besar sambil memegang papan nama tertera 'Puncak Gunung Datuk'.

Gambar tersebut dimuat naik oleh Iza. Di bawah gambar tersebut terdapat catatan yang ditulis oleh pemilik gambar tersebut.

Hiking pertama untuk 2017-- Kaki terseliuh--- Tak nak naik gunung ni lagi!...

"Haa iya lah.. semalam Ikmal ada kata.. Atul pun ikut." Ujar Arifin.

"Lah iye ke? Siot betul diaorang tak ajak." Kata Aiman sambil menepuk meja menggambar ketidakpuas hatian..

"Ahh.. kalau diaorang ajak pun kau berani ke pergi?" Kata Azrai.

"Tah.. kau tu dah lah malas nak bersenam.. nanti baru jalan sikit dah muntah hijau.." kata Arifin pula.

Terkebil-kebil mata Aiman mendengar kata-kata kedua temannya itu. Lidah nya kelu. Tiada sedikit pun idea datang buat menjawab sindirian Arifin dan Azrai.

"Kauorang pandang rendah dengan aku?" Sekali lagi Aiman menepuk meja sebagai tanda bantahan.

"Alahh... kau try naik Bukit Broga lah.. itupun aku rasa kau dah tak cukup nafas dah." Arifin melanjutkan perlecehan sambil tersengih menyindir.

"Broga eyy?" Azrai tiba-tiba seperti mendapat idea. "Kita pergi Broga nak besok?" Usul Azrai.

Mengejar SunriseWhere stories live. Discover now