Sebelum Trek Keluar Hutan

33 2 1
                                    

Langit tak terlalu gelap di usianya yang mulai menjejak subuh. Bulan bundar sesuai dengan rencana yang diwujudkan spontan oleh mereka berlima. Ikmal melihat fajar semakin mendekat. Masa semakin suntuk. Dia harus membawa Aiman tiba di puncak lalu duduk menikmati sunrise.

Dia tidak risau tentang Anas.. kerana pemuda bertubuh rendah itu aktif bersukan.

Dia boleh saja meninggalkan Aiman dan Anas menyertai Iwan dan Azrai di puncak bukit setinggi 400 meter ini. Namun, matlamatnya hari ini tidak cukup dengan hanya mencapai puncak yang kerap dilakukan olehnya sekian lama. Matlamat hari ini lebih bermakna jika Aiman dapat menggapai papan tanda tertera Bukit Broga itu seiring dengannya bersama-sama Anas, Azrai dan Iwan.

Aiman sekali lagi meminta untuk berehat. Trek hutan masih belum dilepasi. Ikmal tahu kalau trek hutan ini akan berakhir beberapa langkah saja lagi. Telah puas dia meyakinkan Aiman supaya berjalan sedikit lagi dan berehat setelah berada di luar hutan. Namun, penglihatan gelap menjadikan Aiman mengganggap bahawa Ikmal cuma berhelah supaya dia meneruskan langkahnya. Mujur Anas lebih bijak membakar semangat Aiman.

"Aku tunggu dekat situ.." kata Ikmal merujuk kawasan trek di luar hutan.

"Mal.." sahut Aiman kepada Ikmal.

Ikmal terhenti sejenak mendengar sahutan Aiman.

"Kalau nanti kau tulis buku... cerita pesal ni tau.." kata Aiman sambil terduduk mengurut betisnya yang menggeletar.

Dia tersenyum.. meski dia tahu bahawa Aiman sama sekali tak mampu melihat senyuman itu dalam kegelapan.

"Boleh.. tapi kau kena lah sampai atas dulu.. baru best cerita aku nanti.. kalau kau tak sampai atas.. tergantung lah cerita tu nanti.."

"Aduhh.. iyelah iyelah.." Aiman cuba untuk bangun selepas membetulkan ikatan tali kasut sneakers berjenama Vans . Bukan kasut yang sesuai untuk dibawa hiking.. Mungkin itu adalah salah satu faktor kesukaran Aiman mengekalkan stamina dan kekuatan ototnya.

Anas menarik tangan yang dihulurkan oleh Aiman.

"Aih dah ringan kau ni Man. Lemak dah banyak terbakar dah ni..." Usik Anas sejurus membantu Aiman bertubuh gempal itu berdiri.

"Haa.. cepat.. matahari dah nak terbit tu.." Ikmal berteriak.

"Ahhh biarlah matahari tu... aku dah tak peduli! Kenapa aku mesti ada dekat sini?!" Aiman memprotes nasib dirinya walaupun langkahnya tetap diteruskan menuju ke tempat Ikmal berdiri sambil didorong oleh Anas daripada belakang.

"Itu lah... dah elok-elok aku lepak mamak minum teh o ais... kau suruh aku bawak kau datang sini.. haha!"

"Alahai.. mana tahu Broga ni susah macam ni!!" Kata Aiman yang semakin menghampiri Ikmal. Meski kelibat mereka hanya terlihat seperti bayang-bayang, tapi suara mereka menjadi tanda jarak antara mereka bersama.

"Kau ingat macam mana?" Tanya Anas.

"Aku ingat macam Gunung Tampin...atau macam jalan-jalan dekat taman.." jawab Aiman.

"Kau larat ke naik Gunung Tampin? Kau pernah ke jalan-jalan kat taman?" Tanya Anas lagi.

"Tak."

Mengejar SunriseWhere stories live. Discover now