Jam Tangan

9 3 0
                                        

"Rai...jam pukul berapa?"

"Pukul 2 pagi ... Dah boleh bersurai ni... "

"Itulah... Pagi ni aku kena pergi KLIA.."

"Buat apa? Tak keje ke besok?"

"Besok cuti la.. Jemput tunang aku, dia datang sini..."

"Wahhh.. Dari Terengganu naik fligh datang sini?"

"Aku yang nak dia naik fligh je.. Risau la kalau dia drive atau naik bas jauh-jauh tu..."

"Kenapa dia nak datang sini? Selalu kau yang pergi sana."

Is tersenyum lalu merenung permukaan jalan tar di depan rumah Azrai. Sebatang rokok dinyalakan serta merta. Azrai turut mengeluarkan sebatang rokok lalu dinyalakan.... Hembusan asap rokok berkepul di udara.

Seraya Is menjawab pertanyaan Azrai...."Aku dah janji nak bawak dia jalan-jalan bila aku dapat gaji pertama ni."

"Ooo.. Macam tu ke?"

Is senyum tersipu-sipu.

"Tapi.. Sekejap betul masa berlalu.. Berapa bulan lagi aku dah nak nikah dah... Macam baru semalam rasanya kita pergi sekolah sama-sama... Main kejar-kejar kat taman permainan tu..." Sejenak Is mengimbau masa lalu demi mengenang waktu yang terasa singkat.

"Macam baru semalam aku jatuh motor kat depan ni... Aku ingat lagi.. kau kelam kabut cari ayah kau mintak tolong hantar kan aku pergi hospital.." Sambung nya. "Ingat tak?"

"Haha.. Iya lah aku ingat... Dah lama dah tu Is... Rasa macam baru semalam kan?"

"Emm... itu lah Rai... " Is merenung puntung rokok yang menyala di jarinya. Baru berapa kali sedut, rokok tersebut sudah pendek dan hampir mendekati jari. Di sedutnya untuk yang terakhir kali lalu dijentiknya puntung rokok tersebut entah kemana. Asap rokok dihembus perlahan.

"Sebelum kita dapat apa yang kita mahukan.. waktu akan terasa sangat lama.. tapi bila kita dah dapat... terasa sekejap sangat. Tapi kalau kita tak dapat apa yang kita nak, terasa banyak pula waktu yang terbuang untuk sesuatu hal yang kita sebenarnya tak mampu."

"Maksud kau?" Tanya Azrai yang memijak puntung rokok yang sudah pendek.

Iskandar diam. Pandangannya masih tertumpu pada setiap inci suasana di hadapannya. Terkadang dia tersenyum, terkadang dia bermuram. Dia seperti sedang memainkan pita rakaman tentang setiap momen yang terdapat di sekitar itu. Azrai pula hanya memerhati gelagat sahabatnya itu.

Is memang sangat berlainan tingkah lakunya malam ini. Dia bersifat periang. Gelak tawa dan senyuman tak pernah lekang darinya. Iskandar bukan seorang lelaki yang suka bermenung. Setiap saat di kala dia hadir, momen seperti malam ini tak akan pernah sunyi kerana suaranya.

Tapi berlainan benar kali ini. Sejak tadi Is tak banyak bercakap; apatah lagi bergurau senda seperti selalu. Bagi seorang teman akrab, tentu ada sedikit perasaan aneh yang dirasakan oleh Azrai akan perilaku Is kali ini. Tapi entah mengapa, berat hatinya untuk mempertanyakannya. Sehingga Azrai memilih untuk beranggapan bahawa sahabat karibnya itu mungkin sedang kepenatan.

"Besok, pukul berapa kau pergi KLIA?" Azrai cuba memecah kesunyian. Iskandar sedikit tersentak ketika Azrai membangkitkannya daripada kebisuan.

"Khabarnya, fligh landing jam 7 pagi, aku kena gerak pukul 5.30 kot." Seraya dia bingkas berdiri sambil mencapai handphone dan rokok yang terletak di atas meja sebagai mengisyaratkan bahawa dia harus pulang segera.

"Jam pukul berapa Rai?"

"Dekat 2.30 dah. Berapa jam jer dapat tidur ni?"

Iskandar merenung jam tangan milik Azrai.

"Boleh aku pinjam jam tangan tu tak? Aku tak sempat beli kat pasar malam tadi." Azrai melihat jam berjenama GShock yang terlilit di pergelangan tangannya itu. Seutas jam yang dibeli di ekspo bazar ramadhan Tampin dengan harga 40 ringgit setelah tawar menawar. Harga asal ialah RM 68. Iskandar sedaya upaya memujuk penjual supaya harga jam tersebut dapat dikurangkan dengan harga sesuai bajet.

"Supaya senang aku nak agak masa. Susah lah tengok jam kat henfon.. nak kena unlock screen bagai... Alaaa kau bukan selalu tengok jam pun..."

Azrai lantas membuka lilitan tali jam lalu dihulurkan kepada Iskandar. Dia sama sekali tak keberatan untuk memenuhi permintaan temannya itu kerana bagi Azrai, Iskandar bukan lagi orang lain. Hubungan mereka telah akrab sekian lama. Sejak dari kanak-kanak sehingga saat ini, mereka belum pernah berenggang.

"Nah, kau pakailah."

Iskandar tanpa berlengah langsung mencapai jam yang terkenal dengan ketahanannya itu.

"Terima kasih.... Nanti aku pulang balik... Tapi.... " perkataan Is tiba-tiba terhenti...

"Tapi apa lagi kau ni?" Azrai memaksa Is meruskan kata-kata.

"...kalau apa-apa jadi dengan jam ni... aku mintak halal kan ey?"

**********

"Iya, aku halal kan..." Azrai mengusap-usap nisan yang dipacak di atas timbunan tanah. Dia berlutut menahan duka. Sedang yang lain terkumat-kamit berdoa turut berlutut mengelilingi pusara yang baru terbentuk.

Keluarga, kerabat dan teman-teman lain telah beransur-ansur meninggalkan kawasan tanah perkuburan Islam ini. Termasuk Cik Upik dan tunang Iskandar yang paling sukar menerima kehilangan ini.

Aiman menyapu muka dengan tapak tangan setelah selesai berdoa. Dia melihat Azrai yang sugul di sisinya; sedang meratapi pemergian Iskandar. Lalu, dia menepuk-nepuk belakang Azrai agar temannya itu sedikit tenang.

Azrai memandang wajah Aiman. Ketara, terlihat akan awan duka sedang mengurung perasaan nya. Tapi tindakan Aiman merapati ratapannya itu, sedikit menjadikan dia kembali kepada realiti hidup.

Bahawa setiap yang hidup, pasti akan mati. Tapi bagaimana dengan kita yang masih bernafas. Kita masih diberi peluang untuk bermimpi lagi, kita masih punya tenaga dan kekuatan untuk merealisasikan setiap apapun mimpi itu.

Maka dengan itu, hidup mesti diteruskan. Perjalanan hidup, mungkin baru saja bermula dan yang kita cari bukan pengakhiran tapi matlamat iaitu kemuncak bagi sebuah kehidupan. Dan kemuncak adalah kepuasan sejati bagi sebuah pengakhiran.

Waallahu a'lam.
















Mengejar SunriseTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang