Azrai berdiri lemah longlai dan tercengang. Terkejut melihat apa yang ada di hadapannya. Dia seperti tak boleh menerima akan apa yang dilihatnya. Iwan bangun dari tempat duduknya lalu berdiri di samping Azrai.
Sebuah lagi bukit terpacak di balik bukit ini. Dari bintikan lampu suluh pendaki yang bergerak di lereng bukit itu, jelas lah, pendakian ini masih belum berakhir. Ini bukan puncak Broga, ini cuma puncak tinjau pertama.
"Mana puncak sebenarnya weh?" Tanya Azrai terketar-ketar. Serentak dia terduduk keresahan.
Iwan menyapa salah seorang pendaki yang sedang beristirehat, "Bro, Broga ni ada berapa puncak?"
"Ada tiga puncak tinjau.. yang ni satu.. depan sana turun sikit mendakit bukit tu pulak.. tu puncak tinjau dua.. belakang bukit tu baru puncak Bukit Broga. Tak jauh pun bro.." terang pendaki tersebut sambil menghalakan telunjuknya ke arah bukit yang terletak di balik bukit ini.
Iwan mengucapkan terima kasih atas penjelasan pendaki tersebut. "Haa. Dua puncak lagi Rai. Tak jauh pun.. sekejap jer ni."
"Ye lah. Tapi kita jalan perlahan-lahan jer lah ey.. lutut aku dah menggigil dah ni."
"Okay.. jom."
Iwan menghulurkan tangannya lalu digenggam oleh Azrai yang sedang duduk di atas tanah. Kemudian Iwan menarik tangan Azrai membantunya untuk berdiri. Perjalanan dilanjutkan. Mereka menuruni lereng bukit perlahan-lahan. Di sela-sela lalang dan semak di sepanjang trek ke puncak tinjau dua ini, terdapat batu-batu yang telah ditempati beberapa pasangan lelaki dan perempuan...berdua-duaan.
"Kalau bawak awek naik atas ni pun function jugak kan Rai.?" Kata Iwan sambil tersengih menjeling Azrai yang berjalan di belakangnya.
"Eh kau ni. Function apa kau nak buat kat atas ni?" Jawab Azrai sambil menjaga nafas nya.
"Adalah.. kau ni buat-buat tak faham. Tapi selamat lah aku tak terfikir tadi.. kalau tak..."
"Kalau tak... cerita ni dah tak sesuai untuk kanak bawah umur. Haha." Azrai ketawa sambil terbatuk-batuk.
"Iwan!! Arai!!"
Tiba-tiba terdengar suara seseorang menjerit memanggil mereka. Mereka yang sudah berada di lereng bukit menuju ke puncak tinjau dua terpaksa berhenti.
"Siapa pulak panggil nama kita tu?" Soal Iwan.
"Diaorang kot." Azrai mengambil kesempatan ini untuk duduk berehat sementara menunggu kepastian akan gerangan orang yang menjerit nama mereka tadi.
"Woi! Kitaorang dekat sini." Jerit Iwan menyahut panggilan itu. Mata nya mengecil mencari-cari kelibat orang itu dalam gelap.
Tiba-tiba telefon bimbit Iwan berdering. Dia segera mengeluarkan telefon bimbit tersebut. Nama Anas tertera pada skrin.
"Hello Nas.. mana kau."
"Aku baru lepas puncak satu... kau kat mana?"
"Weh! Tengok sini lah." Jerit Iwan kepada Anas yang sedang tercegat berdiri tidak jauh dari mereka berdua. Suara Anas dalam talian dan suara daripada kelibat seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari mereka yang berlaku serentak, menyebabkan Iwan dapat mengesan keberadaan Anas.
"Haa.. kauorang dekat situ rupanya. Gelap .. aku tak nampak muka.." Anas berlari menghampiri Iwan dan Azrai.
"Mana yang lain?" Tanya Azrai setelah mendapati Ikmal dan Aiman tak bersama dengan Anas.
"Tak tau diaorang dah sampai mana.. sebab tadi aku ingat bukit dekat sana tu dah puncak.. aku berlari lah, tertinggal lah diaorang. Rupanya bukan." Jelas Anas tercungap-cungap.
Iwan memandang Azrai yang sedang duduk bersandarkan batu. Mendengar cerita Anas telah mengingatkan nya akan akan apa yang berlaku di puncak satu tadi. Semangat betul Azrai berlari untuk segera sampai di puncak bukit itu sebelum dia merasa terpedaya.
Azrai hampir tak melayan perbualan Iwan dan Anas sebentar tadi dek kerana melayan kepenatan. "Kenapa lah aku tak tidur jer dekat rumah tadi." Bisiknya dalam hati
"Arai kenapa?" Tanya Anas kehairanan.
"Shh.. tengah kumpul tenaga." Bisik Iwan.
**********
"Aku masa first time hiking dekat sini Man. Aku ingat ini puncak dia. Masa tu aku fikir, senang sangat ni.. Aku pun berlari lah dari bawah tu sampai dekat atas ni. Macam bagus aku masa tu berlari mencelah gadis-gadis yang tengah jalan pelan-pelan dekat trek ni..Sampai jer sini aku terus baring Man! Kaki aku dah tak rasa dah, macam nak mati dah masa tu. Rupa-rupanya Man..! Puncak sebenarnya... dekat sana.. ! Kau bayangkan.. lutut aku tah ke mana.. pinggang aku dah kat mana.. bersepah-sepah aku jalan masa tu.. muka aku dah macam zombie. Hilang macho."
"Tapi kau sampai tak kat puncak Broga?" Tanya Aiman.
Ikmal tersenyum, "Tak. Aku sampai puncak dua jer. Aku turun balik. Aku give up."
"So, kau dah pernah sampai puncak tu ke belum?"
"Dah. Tiga hari lepas tu aku datang balik. Baru aku dapat sampai puncak Broga."
YOU ARE READING
Mengejar Sunrise
RandomLima sekawan mengorbankan masa tidur waktu malam demi mengisi seluruh hari yang terluang dengan perkara yang mereka fikir lebih produktif. Diisi dengan sebuah rencana yang menentang kebiasaan serta kenyamanan sehari-hari. Tanpa mereka pernah tahu ba...