Ikmal dan Aiman sedang berjalan menuju puncak tinjau yang kedua. Setelah melepasi puncak tinjau satu, Aiman kelihatan lebih cergas berbanding tadi. Langkahnya mulai terbiasa dengan permukaan trek yang berbonggol-bonggol dengan batu dan benjolan tanah merah. Mentalnya tidak terganggu dengan permandangan bukit puncak tinjau dua yang terpacak di hadapannya. Mujurlah tadi, Ikmal sempat mengkhabarkan kepada Aiman akan kepalsuan puncak bukit yang pertama tadi.
Kedudukannya dengan Ikmal tidak lagi sejauh tadi, Aiman sudah mampu mengikut rapat langkah Ikmal.
Ikmal menyalakan sebatang rokok dan disedutnya sambil berjalan. "Gila Ikmal ni, aku dah tercungap-cungap macam ni dia boleh lagi hisap rokok..."
"Kaki kau dah rasa belum Man?"
"Dah rasa sikit."
"Nak duduk dulu tak?"
"Nanti lah... Boleh lagi ni... Takut tak sempat pulak tengok sunrise."
Ikmal tiba-tiba berhenti. "Aku macam dapat idea nak buat cerita apa." Aiman mengibas-ngibas kepulan asap rokok yang melekat pada batang hidungnya.
"Haaa apa Mal?" Ikmal mematikan api rokok lalu disimpan puntung rokok tersebut di dalam saku nya.
"Aku lupa." Aiman tercengang melihat Ikmal berpaling meneruskan perjalanan menuju kaki bukit yang menempatkan puncak tinjau dua setelah meninggalkan sebuah jawapan yang amat mengesalkan.
Aiman memang mahu Ikmal menulis dan menerbitkan buku. Saban tahun sejak mengenali Ikmal; dia dan ramai teman lain selalu mendorong Ikmal supaya menulis.
Kali pertama mereka mengakui bakat penulisan Ikmal adalah sewaktu Aiman masih dibangku sekolah. Setiap murid di dalam kelasnya di minta untuk menulis seloka. Yang terbaik bakal mewakili kelas ke peringkat sekolah... Dan yang terbaik akan ke peringkat daerah.
Kala itu Aiman dan Ikmal sedang lepak bersama di mamak. Ikmal melihat Aiman gelisah tak tentu arah...
"Kau kenapa Man?" Lalu diceritakan lah oleh Aiman akan masalah tersebut.
"Aku mana pandai mengarang bagai ni... Aku tau tido je lah dalam kelas.. Seloka ni apebende siakkk?" Begitulah omelan Aiman saat itu.
"Ada tema tak?" Tanya Ikmal.
"Suasana di sekolah."
Selang beberapa minit sambil Aiman mengomel,
"Nah... Camni okay?" Aiman langsung berhenti mengomel lalu dicapainya telefon pintar yang dihulur oleh Ikmal. Padanya tertera rangkaian kata-kata.
*seloka tersebut akan diupdate kemudian.
"Kalau okay ambik lah..." Aiman terpesona menelaah karangan Ikmal.
Seminggu selepas itu, Aiman datang menemui Ikmal.
"Mal... Baik Mal... Seloka haritu.. Menang peringkat sekolah terus.... Sebab tak ada karya yang lagi power dari tu..."
Sejak itu lah Aiman selalu meminta Ikmal menulis puisi. Puisi tersebut disimpan oleh Aiman atau digunakan untuk mengambil hati wanita atau ditulis pada ruang 'caption' setiap kali ada gambar yang dimuat naik ke laman Instagram.
Sejak akhir-akhir ini, puisi Ikmal ditulis pada dinding kamarnya yang dijadikan ruang buat meluahkan pelbagai karya. Seperti lukisan dan tulisan.
Okay.... Kita kembali ke Broga.
Trek ke puncak kedua nampak lebih curam. Tapi ketika berada di atasnya, ternyata ia tidaklah begitu sukar berbanding puncak pertama tadi. Pendakiannya lebih singkat.
Ramai pendaki dari pelbagai bangsa dan warna kulit sedang duduk di dataran puncak kedua ini. Ikmal memandang ke arah bukit yang satu lagi.
"Haa tu dah puncak Broga." Aiman turut memandang ke arah bukit yang ditunjuk oleh Ikmal.
Di puncak bukit itu kelihatan beberapa buah batu yang besar. Sekumpulan pendaki sedang berkumpul di kaki bukit kecil tersebut menunggu giliran memanjat batu besar menggunakan tali yang telah tersedia.
"Kena panjat batu tu ke?" Tanya Aiman.
**********
"Memang kena ikut sini ke?" Tanya Azrai sambil melihat Anas memanjat batu besar tersebut dengan tali. Dengan lincah Anas berjaya tiba di atas batu besar setinggi 4 meter. Azrai dan Iwan mendongak memerhati gelagat Anas.
"Iye lah... Aku mana tahu kalau ada jalan lain." Jawab Iwan sambil memaut tali tersebut. Dalam beberapa saat Iwan pun tiba di atas batu bersama Anas.
"Come on Rai!" Senang jer.
Tanpa menunggu lama... Azrai pun mencapai tali tersebut lalu dipanjatnya batu tersebut. Meski genggamannya terketar-ketar, nafasnya termengah-mengah.... Kepenatan puncak palsu tadi masih belum reda. Bekalan air minum telah habis diteguk olehnya. Mujur Anas ada membawa bekalan air milik Aiman di dalam beg galasnya. Sebenarnya itu adalah beg galas milik Aiman. Niat nya adalah cuba membantu meringankan beban yang dibawa oleh Aiman tatkala melihat penderitaan Aiman sewaktu masih berjalan bersama di bawah tadi. Tanpa disedari dia mendahului Aiman dan Ikmal sambil membawa beg galas yang mengandungi bekalan minuman milik Aiman.
Iwan dan Anas bersiap sedia memaut tangan Azrai. Meski perlahan-lahan, Azrai tiba juga di atas batu tersebut menyertai Iwan dan Anas.
"Tinggi jugak batu ni?" Iwan dan Anas kembali berjalan.
"Eh...dah sampai lah."
YOU ARE READING
Mengejar Sunrise
LosoweLima sekawan mengorbankan masa tidur waktu malam demi mengisi seluruh hari yang terluang dengan perkara yang mereka fikir lebih produktif. Diisi dengan sebuah rencana yang menentang kebiasaan serta kenyamanan sehari-hari. Tanpa mereka pernah tahu ba...