Puncak Original

19 3 1
                                    

Bulan purnama yang tadi bersinar terang semakin ditenggelami cahaya subuh yang telah menjelang. Panorama yang tadi dipesonakan dengan limpahan kerdipan bintang dan bintikan cahaya lampuan neon semakin berwarna siang. Kehidupan di bawah sana sedang bangkit dari tidurnya. Bersiap untuk melata mengerjakan tuntutan hidup. Sama ada bakti mahupun sesuap nasi, hari baru tak akan dipersiakan buat mereka yang mengerti hidup.

"Mal... Kenapa kau suka daki gunung?" Ikmal menyalakan rokok buat mengisi kebisuan di antara dia dan Aiman yang duduk mengurut-urut betis.

"Aku pun tak tau... Sebab ni pertama kali aku hiking sebab nak tengok sunrise.... Lagipun, kalau sebab sunrise kat Tampin pun boleh tengok." Sekali lagi Ikmal memberikan jawapan yang mengesalkan.

"Jauh lagi ke?"

"Tak lah... Yang batu besar ada tali tu, dah puncak dah... Tapi kalau kau nak tengok sunrise dari sini pun dah boleh nampak.."

"Nak duduk sini je ke?"

"Itulah.. Tak best pulak kalau tak ber-sunrise sesama dengan yang lain."

"Jom gerak, matahari macam nak timbul je tu.." Ikmal mematikan rokok lalu disimpan di dalam sakunya. Kali ini dia pula menuruti Aiman yang tiba-tiba bersemangat.

"Dah pukul 6.40 ni.." Kata Aiman bergegas menuju ke arah trek selanjutnya.

Aiman memperlahankan langkahnya tatkala berhadapan dengan persimpangan... Ikmal yang berada di belakang langsung menggamit bahu Aiman menariknya melalui jalan yang di sebelah kiri. Jalan yang satu lagi adalah batu besar bertali tersebut.

"Ni jalan mana pulak?" Tanya Aiman mengekori Ikmal yang sepertinya masih belum lelah meskipun sambil merokok.

"Ni jalan selain batu tu..."

"Fuh.. Selamat ada jalan lain..." Aiman lega. Dari puncak tinjau dua tadi dia sudah memerhatikan orang memanjat batu besar itu dengan hanya menggunakan seutas tali. Mental sudah terganggu. Tapi dia malu untuk mengakuinya. Maka itu, dia pura-pura bergegas hendak menuju ke arah batu tersebut agar mentalnya tak lagi terganggu hanya kerana melihat orang itu.

Cuma... Mental dan fizikalnya diuji juga apabila sekali lagi bertemu dengan tebing bukit seperti sebelum ini. Aiman merenung tajam ke atas tebing ini. Ikmal telah pun mulai berlari ke arah puncak tersebut.

"Cepat Man... Kali ni puncak original!"

Iya... Aiman sememangnya yakin dengan Ikmal. Ini adalah puncak yang terakhir di Broga Hills. Kali ini dia tak bercakap banyak, pendakian ini mesti dihabiskan...

"Ini yang pertama dan terakhir, lepas ni haram aku nak join lagi." Bisiknya dalam hati.

Ikmal telah hilang dari pandangan. Dia mula melangkah. Bahang mentari pagi sudah terasa, meski ia masih belum muncul. Dia melangkah dan melangkah memaut tali yang disediakan sebagai bantuan buat pendaki. Suara hilai tawa orang mula kedengaran. Perlahan-lahan dia menelusuri trek. Permukaan tanah rata dan licin; tak bertangga seperti sebelum ini. Berhati-hati Aiman melangkah di antara keselamatan dan kekuatan.

Hilai tawa orang semakin didekatinya. Meskipun lidah nya tak lekang dari keluh kesah dan kepenatan, tapi jauh di dalam lubuk hatinya, dia mahu merasakan perasaan apa yang dirasakan oleh hilai tawa itu. Bagaimana rasanya ketika di atas nanti.

**********

Begini rasanya berada di puncak. Sesuatu yang tiada siapa mampu gambarkan. Seperti pertama kali merasakan ketakjuban sedemikian rupa. Bayangkan tadi, beberapa kali semangatnya hampir padam. Dianiaya puncak palsu. Penat tak terperi, di tambah pula dengan rasa mengantuk. Keringat bercucuran membasahi seluruh tubuh. Kini kering. Sakit dan tekanan pada seluruh tubuh, kini reda.

Di hadapan Azrai, adalah bumi yang pertama kali dilihatnya. Dia seperti berada di suatu tempat yang hanya boleh ditempati oleh orang yang terpilih. Orang yang tak kenal putus asa. Hanya orang itu yang layak untuk melihat bumi yang tak mampu dilihat oleh orang banyak.

"Jam pukul berapa Nas?" Anas melihat jam G-Shock di pergelangan tangan kirinya.

"6.40 a.m." Azrai sedikit mengangguk sambil memegang pergelangan tangannya.

Kembali dia mengenang kisah lalu...





Mengejar SunriseWhere stories live. Discover now