Adalah Masa Depan.

26 2 2
                                    

Anas menahan belakang badan Aiman yang dua ganda lebih berat berbanding dirinya. Niatnya supaya Aiman lebih mudah untuk melangkah kehadapan walaupun sebenarnya cara itu tidaklah banyak membantu melainkan sedikit. Cara tersebut sedikit mendorong semangat Aiman untuk mendaki ke atas. Sekarang dia terpaksa melupakan niatnya untuk turun kembali ke kawasan parking.

Aiman dan Anas merasa lega apabila akhirnya mereka tiba juga di kawasan terbuka. Kawasan yang dipenuhi ilalang dan batu. Di sebuah batu sebesar tayar kereta kelihatan pendaki yang tadi senasib dengannya sedang muntah sambil temannya menepuk-nepuk belakang badan pendaki tersebut.

Aiman dan Anas menarik nafas lega sedalam-dalamnya. Namun kelegaan itu tidak lama dinikmati oleh mereka berdua. Trek di hadapan mereka kini lebih parah. Sebuah bukit tak berpokok terpacak tinggi di hadapan mereka. Puncak nya kelihatan dari tempat mereka berdiri. Tapi bukan itu masalah nya, darjah kecuraman trek yang mencecah 90 darjah itu amat menggerunkan.

Mungkin ini masalah besar bagi Aiman apabila terkenangkan jerih payah di pendakian tadi. Penat tadi belum habis lagi sekarang dia mesti pula menempuh pendakian seterusnya. Tapi sebenarnya, ini juga merupakan masalah besar bagi Anas. Dia tidak mungkin menggunakan cara tadi untuk melalui trek yang lebih mencabar di hadapannya.

"Kita kena lalu situ ke?" Tanya Aiman pura-pura tak tahu sambil tercengang. Lututnya tak henti menggigil.

Anas menelan air liur lalu mengangguk. Sekali lagi dijelaskan, Anas tidak punya masalah dengan kecuramannya, tapi dia sedang berfikir akan keadaan dirinya kalau sekali lagi dia menggunakan cara tadi. Kalau Aiman berbadan gempal itu tumbang ke belakang dan dia sedang berada pula di belakang Aiman, risiko untuk terlantar di hospital lebih tinggi. Kata-kata 'kepala bengkok' oleh lelaki cina penjual tiket di bawah tadi kembali terngiang-ngiang di telinganya.

"Weh.. engkauorang dah sampai? Rilek dulu. Lepak sini dulu." Tiba-tiba suara Ikmal menyapa mereka berdua. Dia sedang berdiri tegak di atas sebuah batu menghala ke kawasan panorama.

"Mal. Aku ingat kau terus naik atas." Soal Aiman yang terkejut dengan keberadaan Ikmal yang tadi mendahului mereka.

"Kan tadi aku kata nak tunggu dekat sini.."

"Haa.. selamat kau ada.. boleh tolong aku tolak si Man ni." Kata Anas kepada Ikmal yang turun dari batu tersebut lalu datang menghampiri mereka berdua.

Ikmal memerhati wajah mereka berdua sebelum memerhati bintikan lampu suluh pendaki yang sedang bergerak ke puncak bukit itu.

"Trek ni ada tali. Nanti paut lah tali tu. Jom.. dah subuh dah ni. Nanti lambat pulak sampai atas." Ujar Ikmal serentak membuka langkah melanjutkan perjalanan. Mereka berdua menuruti gerak Ikmal.

Lelaki gendut yang muntah tadi masih terduduk di atas tunggul batu tersebut.

"Come on bro.. di atas itu adalah masa depan." Kata Aiman membakar semangat lelaki itu lalu dijawab dengan ibu jari oleh lelaki tersebut. Teman-temannya terkekeh ketawa lantaran kata-kata Aiman yang mengajuk kata-kata mereka sebentar tadi.

"Eh tadi kata kegelapan?" Anas mengingatkan kembali bidasan Aiman seketika di trek hutan tadi.

Aiman diam tak menjawab.

**********


"Zarif pun ada.." Sapa Azrai sejurus tiba mendapatkan Ikmal.

Aiman dan Iwan mengambil tempat duduk masing-masing. Aiman duduk di sebelah Ikmal manakala Azrai dan Iwan duduk sebaris dengan Zarif. Lalu kembali berbual.

"Buku apa ni Mal?" Tanya Aiman ketika terlihat sebuah buku terletak di atas meja. Aiman mencapai buku tersebut lalu dibeleknya.

"Buku dia ni lah." Jawab Ikmal sambil menunjuk Zarif yang duduk bertentangan dengannya.

"Kau tulis buku?" Tanya Azrai pula.

"Yer." Jawab Zarif ringkas.

"Kau publish kat mana?" Azrai bertanya.

"Aku buat publisher sendiri. Pena Gila."

Maka berbual lah di antara mereka berempat bercerita berkenaan penulisan novel dan sebagainya. Manakala Iwan leka bermain permainan Clash Of Clan melaui telefon pintar miliknya. Mungkin dia tidak terlalu tahu menahu tentang apa yang mereka perbualkan.

"Ni Ikmal ni pun boleh menulis tapi tak nak keluar buku." Zarif menunjuk Ikmal.

"Tah.. Mal.. ayat dah power. Try -lah." Sambung Aiman.

"Itu-lah. Dulu kita dah rancang dah. Tapi sampai sekarang tak buat lagi." Lanjut Azrai.

"Buat jer Mal.. publisher dah ada ni." Sambung Aiman lagi.

Ikmal diam membisu. Dia tidak lagi punya alasan buat menjawab permintaan teman-temannya itu. Dia teringat akan setahun yang lalu. Zarif pernah berbual dengannya bercerita tentang Didera Hujan. Hari ini judul tersebut sudah tertera di kulit novel tersebut. Dia sedar, kini tiada lagi yang mustahil. Kita berhak untuk menjadikan impian menjadi kenyataan. Tapi bergantung ke atas diri kita sendiri. Mahu atau tidak.!

"Tengok. Kita cakap dengan dia.. dia boleh diam jer." Aiman merungut.

"Erkk. Kauorang darimana tadi?" Jawab Ikmal. Sebenarnya itu adalah salah satu teknik mengalihkan topik.

"Dari kedai Mek. Haa ni Mal. Esok Arai cuti." Mujur Aiman dan yang lain tak menyedari teknik tukar topik tersebut.

"Oh iye ke.? Apa plan?" Kata Ikmal.

Mengejar SunriseWhere stories live. Discover now