"Aku rasa awan tutup lah... sebab tu tak nampak sunrise... Betul tak Mal?"
Mereka diam kebingungan sambil memerhati ruang langit yang sudah pun cerah. Mereka bingung ke mana perginya sunrise yang sangat dihajat kan itu. Pagi sudah terang, tapi matahari tak pula kelihatan. Apakah kerana kesibukan melayan kepenatan dan kegigihan mendaki sebentar tadi membuatkan lima sahabat ini tidak sedar akan kemunculan matahari? Persoalan tersebut bermain di dalam benak fikiran mereka semua;
Di mana sunrise?
Tiba-tiba Azrai bangkit berdiri. "Ahh tak apa lah, yang penting, kita semua selamat sampai kat atas ni. Bukan rezeki kita nak tengok sunrise, tapi.. bila kita semua ada kat sini sama-sama.. macam apa yang kita rancang malam tadi.. aku rasa..ini lebih bermakna daripada sekadar sunrise. So... apa kata.. kita nikmati momen ni sekarang... bukan selalu dapat macam ni kan?"
Iwan, Anas, Aiman dan Ikmal mendongak memandang Azrai dengan kata-katanya itu sejurus masing-masing terangguk-angguk memahami apa yang cuba disampaikan oleh Azrai.
Kemudian, mereka ikut berdiri di sisi Azrai lalu merangkul bahu sesama sendiri. Bersama mereka memandang jauh ke hadapan. Ke arah lereng-lereng banjaran yang memisahkan barat dan timur, juga mereka dan alam yang lebih luas.
"Ini untuk kau Iskandar..." Detik Azrai dalam hati.
"Eh.. Tapi betul lah, awan tutup ni...aku memang selalu ada masalah dengan awan ni." Aiman tiba-tiba mengomel. Rangkulan mereka terurai.
"Aihh.. Kau ni Man.. Tak habis lagi.." Iwan menegur.
HaHaHaHa!
Ikmal tersenyum melihat telatah semua teman-temannya itu.
"Bagi aku, ni dah cukup membahagiakan.." Bisiknya dalam hati.
Dia pernah bosan mengajak mereka ini hiking bersamanya. Pelbagai cara dan propaganda dicipta supaya mereka tergoda, tapi tak pernah berhasil. Hari ini, entah siapa yang mengirim wahyu, tiba-tiba mereka menemui Ikmal dan meminta untuk di bawa ke sini. Dan hasilnya, senyuman akan terus ditaut oleh wajahnya tatkala mengenang nilai kebahagiaan yang dikecapinya saat ini.
Ikmal kembali merenung ke puncak bukit yang terletak di banjaran. Matahari tak kelihatan, hanya sinaran menerawang ke langit. Kemudian dia menggeleng-gelengkan kepala.
"Weh... Ambik gambar lah... tunjuk kat Angah ..kasi dia jeles...."
Anas segera mengambil tempat yang sesuai sejurus diminta oleh Aiman. Mereka merapat dan....selfie.
![](https://img.wattpad.com/cover/96184897-288-k242414.jpg)
YOU ARE READING
Mengejar Sunrise
De TodoLima sekawan mengorbankan masa tidur waktu malam demi mengisi seluruh hari yang terluang dengan perkara yang mereka fikir lebih produktif. Diisi dengan sebuah rencana yang menentang kebiasaan serta kenyamanan sehari-hari. Tanpa mereka pernah tahu ba...