"Dah pukul 4 lebih ni... Sempat lagi ke Mal?"
Ikmal melihat jam yang terdapat pada dashboard van di hadapannya sambil mengawal stering van melalui jalan Tampin-Seremban yang bengkak-bengkok dan beralun.
"Sempat. Insya Allah." Aiman mengangguk. Dia akur dengan Ikmal yang didakwa telah berulang kali ke Broga. Ikmal pasti lebih arif dengan jarak dan masa antara mereka dengan Broga ketika ini.
Di tempat duduk belakang, Azrai sedang tekun memetik gitar. Walaupun dentingan string gitar tersebut ditenggalami bunyi enjin, namun kesyahduannya tetap terasa. Manakala, Anas dan Iwan berbaring di belakang...di atas tilam dan toto yang tadi di alas oleh Aiman dan Iwan.
Aiman sedikit iri dengan mereka, tapi memandangkan dia perlu menemani Ikmal yang memandu seorang diri...tak apalah sesekali mengalah...
"Woi! Tido ke!" Tempik Azrai secara tiba-tiba. Tempikan itu bukan saja menerjah Anas dan Iwan namun memeranjatkan Aiman dan Ikmal yang berada di tempat duduk hadapan. Mujur Ikmal tenang mengemudi.
"Mana ada aku tido gile.." Jawab Iwan sambil menggosok-gosok matanya dengan tangan. Mulut Anas pula sedang ternganga luas kerana menguap.
"Bosan do... tak ada radio ke?"
"Agak-agaklaa nak perli pun Rai...Haha" Ikmal menjawab.
"Kau main lah lagu dengan gitar tu...ni petik lagu tido memang tertido lah..." .... "Entah dia ni..." Iwan dan Anas mengecam Azrai bersama-sama.
Azrai mengenang lagu yang dimainkan sebentar tadi. Bellaluna yang baru dipelajari beberapa hari yang lalu... Tak sangka bunyi yang datang daripada permainan sambil lewa nya sebentar tadi telah melenakan Anas dan Iwan.
"Nak main lagu apa?" Tanya Azrai membetulkan tune gitar. Anas dan Iwan segera beralih ke tempat duduk tengah; sebangku dengan Azrai.
"Ni dah kat mana?" Iwan yang masih terkebil-kebil memandang ke luar yang masih gelap.
"Rembau most wanted yaww!." Jawab Ikmal.
Sebuah pekan kecil sedang dilalui oleh mereka. Ikmal masih memecut dengan kelajuan biasa.
Ye ey ey ey...wo ooo oo oww... Azrai tiba-tiba. Sambil bunyi ala-ala reggae keluar daripada petikan nya.
Ooooo...lagu niiii.... !
Kejolabak kojolobuuuuu!
Bernyanyi dan bergendang mereka di dalam van tua tersebut; membelah jalan sunyi yang berliku-liku. Berulang-ulang lah mereka bernyanyi bersama. Sesudah itu berganti-gantilah mereka memetik gitar dan bernyanyi. Kecuali Ikmal. Dia sedang memandu.
Ikmal amat mengimpikan trip seperti ini. Tanpa persediaan yang jelas dan rapi, cuma beberapa perancangan spontan, ketika bersama-sama menuju ke destinasi, dan ketika semua lebih suka menikmati perjalanan, atau perjalanan dan destinasi mampu dipisahkan artinya; dunia adalah milik kita.
Atau sebenarnya, unplanned trip lebih perfect?
YOU ARE READING
Mengejar Sunrise
RandomLima sekawan mengorbankan masa tidur waktu malam demi mengisi seluruh hari yang terluang dengan perkara yang mereka fikir lebih produktif. Diisi dengan sebuah rencana yang menentang kebiasaan serta kenyamanan sehari-hari. Tanpa mereka pernah tahu ba...