Selamat Pulang D

4.9K 181 1
                                    

Setelah makan malam bersama dan mengemas ruang dapur, Nur terus masuk ke dalam bilik. Dia ingin mengosok baju sekolah kerana esok merupakan hari persekolahan. Dia baru berusia 17 tahun dan lagi berapa bulan lagi dia akan tamat persekolahan. Peperiksaan akhir juga tidak lama lagi.

Dhiyan memandang Nur yang masuk ke bilik. Hatinya tetiba disapa sunyi. Dia ingat sebaik dia pulang berehat dapatlah dia bermesra dengan isterinya tetapi apa yang diingini tidak terjadi. Nur marahkannya dan tidak melayannya. Dhiyan mengeluh perlahan. Tidak mungkin Nur sudah berubah. Dari seorang yang suka bermanja dengannya menjadi seorang yang dingin dengannya.

Dhiyan bangun dari tempat duduknya. Nur harus dipujuknya. Sampai bila akan macam ni. Dia tahu Nur bukan lah seorang yang pemarah. Tidak mungkin dalam setahun Nur berubah. Dhiyan pasti Nur masih seperti dulu. Pintu bilik utama ditujunya.

Perlahan lahan Dhiyan memulas tombol pintu membuka pintu bilik utama. Kepalanya dimasukkan dulu untuk mengintai ke dalam bilik. Kelihatan Nur tengah menggosok baju sekolahnya. Bibirnya mula tersengih. Ingin mengacau Nur.

"Sayang," panggil Dhiyan.

Suka dia memanggil Nur dengan panggilan sayang. Sebelum berkahwin ada juga kadang kadang dia panggil Nur sayang cuma sejak dah kahwin dia lebih suka kekalkan panggilan itu terus.

Nur memandang Dhiyan yang melangkah masuk ke bilik utama. Pelik dia melihat Dhiyan yang tersengih sengih sambil mengusap tengkuk.

"Iya. Nak apa?" Tanya Nur.

"D nak tidur sini lah. Tak best lah tido sorang sorang," ujar Dhiyan dengan selamba terus baring di atas katil.

"Eh? Mana boleh. D pergi tidur bilik lain," Nur sudah mengelabah. Takkan malam ni dia kena tidur dengan Dhiyan.

"Alaa.. Macam tak biasa pula. Time kecik kecik kan kita pernah tidur sama. Time besar pun. Takkan baru setahun tak tidur sama dah tak biasa," selamba Dhiyan berkata. Sengaja mengusik Nur.

Nur diam. Tidak menidakkan kata kata Dhiyan. Dia terus mengosok baju. Mukanya dipaling. Tidak mahu Dhiyan melihat mukanya yang sudah merah menahan malu.

Dhiyan tersenyum memandang Nur. Dia tahu Nur sudah malu. Kalau tidak mesti Nur sudah membalas kata katanya.

"Sayang.. Meh lah cepat. Kita tidur sama," ajak Dhiyan sambil menepuk nepuk tilam.

"D tidur lah dulu," balas Nur.

Dia sudah selesai mengosok baju sekolahnya lalu mengantung di dalam almari.

Dhiyan bangun dari katil lalu menutup lampu. Sengaja dia tutup lampu supaya Nur tidak nampak.

"D.. Gelap lah. Buka lampu balik," arah Nur geram. Dia masih berdiri di tepi almari.

"Jom tidur," ajak Dhiyan lalu mendukung Nur dibawa ke katil.

Nur menjerit sambil meronta ronta minta dilepaskan. Dhiyan selamba sahaja. Sebaik sampai di katil lalu dibaringkan Nur. Nur terus mengiring tidak memandang Dhiyan yang baring disebelahnya. Geram rasa hatinya kerana Dhiyan sesuka hati je mendukungnya.

"Asyik merajuk je sayang D. Tidur ye. Esok nak sekolah. Selamat Malam sayang," Dhiyan memeluk Nur dari belakang. Rindunya semakin terubat.

Nur diam bila Dhiyan memeluknya. Terasa Dhiyan mencium kepalanya. Nur mengeluh perlahan. Dia rindukan Dhiyan juga.

Sekejap sahaja Nur sudah dengar hembusan nafas Dhiyan yang perlahan. Cepat Dhiyan melelapkan mata. Mungkin penat baru sampai dari luar negara masih ada. Perlahan lahan Nur berpusing menghadap Dhiyan.

Matanya memandang wajah Dhiyan yang tidur. Tangannya perlahan menyelak rambut Dhiyan di dahi. Rindu di hati tidak pernah berkurang.

"Selamat Pulang D. Selamat Malam juga," ucap Nur lalu mencium pipi Dhiyan.

Kemudian Nur terus memeluk Dhiyan. Kepalanya diletakkan di dada Dhiyan. Mata dipejamkan.

Perlahan lahan Dhiyan membuka mata. Dia sengaja berpura tidur. Dia tersenyum. Dia tahu Nur masih seperti dulu. Suka bermanja dengannya. Dhiyan mengeratkan pelukkan. Kemudian barulah Dhiyan melelapkan mata setelah mencium dahi Nur. Sayangnya pada Nur makin bertambah.

Malam terus berlalu pergi.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now