Bertemu Kembali

9.9K 210 2
                                    

Nur berdiri tegak memandang skrin besar yang terpampang di sebuah bangunan yang tinggi. Cuaca yang panas membakar kulit putihnya langsung tidak dihiraukan. Rambut paras bahu miliknya sedikit kusut ditiup angin langsung tidak dipedulikannya. Berita yang terpapar di skrin tersebut lebih menarik perhatiannya.

"TRIO akan berehat sementara waktu," gumam Nur perlahan membaca tulisan yang dipaparkan.

TRIO merupakan kumpulan penyanyi popular yang terdiri 3 orang ahli. Kesemua ahlinya adalah lelaki. Mereka menjadi terkenal di serata negara setelah bernaung di bawah syarikat rakaman luar negara. Lagu mereka sentiasa diputarkan di radio. Mereka juga sangat digilai oleh para gadis kerana personaliti mereka yang kacak dan bergaya.

Nur memandang salah seorang ahli kumpulan TRIO. Dia sangat mengenali vokalis kumpulan itu. Dhiyan merupakan kenalan waktu kecilnya malah sekarang Dhiyan adalah suaminya. Mereka berkahwin setahun yang lepas ketika itu dia baru berusia 16 tahun manakala Dhiyan 19 tahun. Tiada sesiapa pun yang tahu mereka sudah berkahwin. Hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu.

Nur mengetap bibirnya tanda geram. Hatinya sebal kerana Dhiyan meninggalkan dia sehari selepas berkahwin demi cita-cita yang ingin menjadi penyanyi. Kakinya dihentak hentak kuat tanda protes.

* * *
Dhiyan memandang Nur disebalik tembok. Dia ketawa perlahan. Lucu dia melihat Nur tengah geram. Dia tahu Nur masih marah dengannya kerana meninggalkan Nur sehari selepas perkahwinan mereka berdua. Bukan sengaja dia berbuat begitu tetapi dia mendapat tawaran menjadi penyanyi. Bukan mudah dia untuk meninggalkan isterinya demi cita-citanya tetapi dia ingin menunaikan impian seseorang yang ingin melihat dia menjadi penyanyi yang terkenal.

Sekarang Dhiyan sudah menjadi penyanyi terkenal. Dia menjadi vokalis kepada kumpulan TRIO. Kumpulan yang sedang hangat malah terkenal dan disukai ramai orang. Peminat TRIO di serata negara. Buat masa ini, TRIO akan berehat sementara waktu dan akan membuat kemunculan dengan lagu yang terbaru.

Dhiyan tersenyum melihat Nur menghentak kaki tanda protes. Comel sungguh isterinya dimata dia. Nur teman sepermainannya di waktu kecil tetapi sudah menjadi isterinya. Dia tahu Nur tidak tahu dia sudah kembali. Dia ingin meminta maaf kepada Nur dan memujuk isterinya yang muda 3 tahun darinya itu.

Dhiyan membetulkan topi dan cermin matanya. Dia tidak mahu orang ramai mengenalinya. Sudah tiba masanya dia muncul di hadapan Nur, isteri kesayangannya.

* * *
"Sayang", Dhiyan terus memeluk Nur dari belakang. Erat dia memeluk pinggang Nur.

Nur yang leka melayan perasaan geram tersentak lalu kaku. Dia cukup mengenali suara itu.

"D rindu sayang," luah Dhiyan masih tidak melepaskan pelukan.

Nur diam. Hatinya tetiba merasa sebal, geram, sedih, marah, rindu. Bercampur aduk jadinya. Tak tahu nak meluahkan yang mana dulu.

Dhiyan pelik sebab Nur langsung tidak memberi respon. Tetiba dia tersengih nakal. Tahu cara nak membuatkan Nur memberi respon.

"Muaahh!!" Selamba Dhiyan mencium leher Nur. Dalam hati dah ketawa suka.

Nur terkejut. Pantas dia melepaskan pelukan Dhiyan lantas berpusing memandang Dhiyan.

"D dah kenapa ni ha? Sesuka hati je nak cium Nur," marah Nur.

Matanya bulat memandang Dhiyan yang berkaca mata dan bertopi. Dia tahu kenapa Dhiyan begitu. Tak nak dikejar peminat. Tangannya sudah mencekak pinggang tanda marah.

Dhiyan ketawa geli hati. Walaupun Nur marah baginya tetap comel.

"Dah sayang tak beri respon. D cium lah. Lagipun tak salah pun kan," Dhiyan tersenyum. Tangan mula menggosok rambut Nur.

"Ish! Jangan lah. Kusut lah nanti," geram Nur sambil menolak tangan Dhiyan.

"Dah memang kusut pun. D tolong kusutkan lagi. Hehehe," ketawa Dhiyan. Suka dia menyakat Nur.

"Dah lah. Nak balik. Malas nak layan D," Nur ketap bibir.

Nur terus berlalu meninggalkan Dhiyan. Malas dia nak melayan kerenah Dhiyan.

"Eh! Tunggu lah D," Dhiyan terus melangkah mendapatkan Nur.

"Tak nak tahu ke bila D balik? Sampai bila D rehat?" Tanya Dhiyan.

Nur menggelengkan kepala. Dia terus melangkah. Sengaja dipercepatkan langkahnya.

"Ish," Dhiyan geram dengan Nur.

Lantas Dhiyan mencapai tangan Nur. Digenggam kemas. Tak ingin dilepaskan.

"Lepaskan lah D," Nur cuba menarik tangannya.

"Tak nak. Dah. Jom balik rumah kita," ajak Dhiyan. Tangan erat mengenggam tangan Nur.

Nur mengeluh perlahan. Dibiarkan saja tangan dalam genggam Dhiyan sambil mengikut langkah Dhiyan pulang ke rumah mereka.


Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now