Bertengkar

4.1K 159 0
                                    

Dhiyan membuka pintu rumah dengan kasar. Dia terus masuk ke dalam rumah. Nur yang dibelakang Dhiyan turut masuk ke dalam lalu menutup pintu. Sebaik sahaja Nur menutup pintu Dhiyan terus berpaling dan memegang kedua dua bahu Nur. Dirapatkan badan Nur ke pintu rumah. Tepat matanya memandang mata Nur.

"Siapa lelaki tadi? Boyfriend?" Tanya Dhiyan serius.

"Tak," jawab Nur perlahan.

"Habis tu kenapa dia cakap macam tu?" Soal Dhiyan.

"Nur tak tahu. Dia yang tiba tiba cakap macam tu," Nur jawab lagi.

"Tipu. Dia kekasih Nur kan," tuduh Dhiyan tidak percaya. Tiada lagi panggilan sayang.

"D tak percayakan Nur ke? Kalau dia kekasih Nur dari dulu lagi Nur cari kekasih dan tak bersama dengan D sekarang," jawab Nur geram.

Tangan menepis tangan Dhiyan dibahunya. Ditolaknya badan Dhiyan ke tepi. Dia ingin berlalu ke bilik. Hatinya sedih kerana Dhiyan tidak percaya.

"Jadi kenapa Nur tak kata yang D ni suami Nur?" Dhiyan menarik tangan Nur.

Nur berpaling memandang Dhiyan. Rasa geram dan marah makin bertambah.

"D sendiri tahu yang kita ni berkahwin tiada sesiapa yang tahu. Hanya keluarga kita sahaja yang tahu," balas Nur geram. Bibirnya diketap.

Dhiyan terdiam. Mengakui kata Nur. Hanya keluarga mereka sahaja tahu manakala kawan kawan mereka berdua tidak tahu. Mereka merahsiakannya.

"Sudah lah D. Jangan nak cari salah Nur sahaja. Sedangkan D sendiri ada salah," Nur menarik tangannya.

Dhiyan terkedu. Betul kata Nur. Salahnya meninggalkan Nur belum lagi Nur memaafkannya.

"Sayang.. D minta maaf. D tahu D salah meninggalkan Nur," suara Dhiyan mula lembut. Wajahnya sayu.

"D.. Salah yang itu Nur maafkan tapi ada salah yang lain D buat. D tak tahu ke?" Balas Nur geram.

"Salah apa lagi sayang?" Tanya Dhiyan geram. Tak faham apa yang dimaksudkan Nur.

"Pandai pandai lah D fikir," malas Nur nak melayan Dhiyan.

"D minta maaf sayang. D tak nak hubungan kita renggang. D ada masa sebulan je. Dalam masa sebulan ni D nak kita bersama. Tak nak gaduh gaduh," kata Dhiyan.

"D pergi lah balik luar negara. Nur dah biasa D tiada di sini," jawab Nur dengan ego yang dibuatnya. Sedangkan dia tidak mahu Dhiyan pergi.

"Sayang dah berubah," ujar Dhiyan perlahan.

Dia tidak sangka Nur menyuruhnya pergi. Nur sudah berubah dari yang manja jadi seorang yang ego.

"Pergi lah," ujar Nur lalu berlalu masuk ke bilik. Pintu bilik ditutup lalu menguncinya.

Dia tidak mahu melihat Dhiyan bersedih. Hatinya mula sedih. Matanya berair. Nur terduduk di tepi pintu bilik. Nur cintakan Dhiyan. Suaminya itu selalu dia rindu. Suara Dhiyan selalu dia dengari melalui lagu lagu nyanyian Dhiyan. Gambar Dhiyan selalu ditatapnya menemani hari harinya sejak Dhiyan pergi setahun yang lepas. Dia tidak mahu hubungan Dhiyan berakhir tetapi dia tidak tahu kenapa benda begini harus terjadi.

Dhiyan duduk di ruang tamu. Kepalanya serabut. Dia tidak tahu apa salahnya. Dhiyan mengeluh kasar. Rambutnya digosok dengan kasar. Bingung memikirkan keadaan sekarang yang terjadi. Dia sangat sayangkan Nur. Tidak mungkin dia akan meninggalkan Nur. Nur adalah semangatnya. Nur adalah seorang yang sangat penting dalam hidupnya. Dia tidak boleh hidup tanpa isterinya itu. Hubungan ini harus dipulihkan dengan segera.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now