Dhiyan berdiri di hadapan pintu rumah. Di tangannya ada sebungkus coklat kesukaan Nur. Dia sanggup keluar pergi membeli coklat tersebut. Dhiyan ingin memujuk Nur. Ini saja jalan yang terakhir untuk memujuk Nur. Dia harap dengan meminta maaf dan memberi coklat kesukaan isterinya itu Nur akan terpujuk.
Perlahan lahan Dhiyan membuka pintu rumah. Sebaik sahaja pintu rumah dibuka Dhiyan terpandang Nur yang tengah baring di lantai. Dengan segera dia memasuki ke dalam rumah.
Nur yang terdengar pintu di buka pantas bangun. Dia ternampak Dhiyan masuk ke dalam umah. Dia tidak sangka Dhiyan akan kembali. Dengan segera Nur berdiri dan berlari mendapatkan Dhiyan. Tubuh Dhiyan dipeluk erat sambil menangis.
"Hei sayang. Kenapa ni?" Tanya Dhiyan pelik melihat Nur menangis beriya iya. Dia membalas pelukan Nur sambil mengusap rambut Nur.
"D jangan tinggalkan Nur. Nur tak nak D pergi. Nur minta maaf sebab suruh D pergi," ujar Nur dalam sedu di dada Dhiyan. Erat dia memeluk Dhiyan seperti tidak mahu melepaskan Dhiyan pergi.
"Sayang. D takkan tinggalkan sayang. D tahu sayang suruh D pergi tapi D tak pergi pun. D keluar beli coklat yang sayang suka ni," Dhiyan menunjuk kan coklat yang dibelinya.
Nur melepaskan pelukan dan memandang Dhiyan.
"Jangan nangis lagi sayang. D tak suka sayang nangis. D balik sini nak tengok sayang gembira. Kita gembira sama sama," lembut Dhiyan memujuk sambil menyapu air mata di muka Nur dengan jarinya.
"Sepatutnya D yang minta maaf dengan sayang. D yang salah," Dhiyan memeluk Nur.
"Nur dah maafkan D," jawab Nur sambil membalas pelukan Dhiyan.
"Muaahh!!" Dhiyan mencium dahi Nur.
"Rindu D dengan sayang tau," kata Dhiyan sambil senyum.
"Nur pun rindu D," balas Nur malu malu. Dia masih peluk Dhiyan.
"Eh, tak kan nak berdiri kat pintu ni sampai malam kot," sengaja Dhiyan mengusik Nur.
"D ni kan," Nur melepaskan pelukan. Dada Dhiyan dipukul manja. Malunya makin bertambah.
Dhiyan ketawa. Seronok dia melihat Nur yang malu dan manja. Ini lah sifat isterinya yang sebenar.
"Sayang.. Gaduh gaduh ni lapar pula. Sayang masak ye," pinta Dhiyan tersengih. Nur hanya anggukan kepala.
"Tapi sayang pergi mandi dulu. Dah lah busuk. Baju sekolah pun tak tanggal lagi. Eee...," sakat Dhiyan sambil cubit pipi Nur.
Nur membulatkan mata. Geram pula dia rasa. Di tepisnya tangan Dhiyan.
"Biar lah," jawab Nur sambil muncung bibir tanda protes.
Dhiyan ketawa suka. Comel sungguh Nur dimatanya.
"Tak nak masak baru tahu," ugut Nur. Dia berpeluk tubuh lalu ingin pergi ke bilik.
"Sayang..," panggil Dhiyan lembut.
Nur berpaling bila mendengar Dhiyan memanggilnya.
"Muah!" Satu kucupan hinggap di bibirnya.
Nur terpaku. Dhiyan mencium bibirnya. Jantungnya berdegup laju.
"Dah pergi mandi pastu masak," kata Dhiyan lalu ke sofa selamba.
Nur tersedar. Merah padam mukanya menahan malu. Sengaja Dhiyan membuat dia malu dan gelabah. Nur cepat cepat masuk ke bilik utama. Walaupun malu tetapi dia suka apa yang dilakukan oleh suaminya itu.
Dhiyan tersenyum memandang Nur pergi. Suka dia melihat Nur begitu. Terasa lapang dadanya. Masalahnya dengan Nur akhirnya selesai.
Dia akan pastikan Nur bahagia dengannya. Dia ingin mengajak Nur pergi ke luar negara bersamanya selepa sebulan dia berehat ini. Tak sanggup dia ingin berjauhan lagi dengan Nur. Cukuplah setahun mereka berdua berjauhan. Dia mahu Nur sentiasa disisinya dan memberi semangat untuk dia meneruskan nyanyiannya.
YOU ARE READING
Cinta Kita [Complete]
RomanceDhiyan - Vokalis kumpulan TRIO yang terkenal. Menyanyi adalah cita-citanya serta impian seseorang. Walaupun terkenal dan disukai ramai gadis tetapi seorang suami yang setia. Sangat mencintai isterinya. Nur - Merupakan teman Dhiyan sewaktu kecil. Men...