Pilihan

3.6K 131 0
                                    

"Nur.. Bestnya kau. Sepupu kau vokalis TRIO tu. Yang disukai ramai," kata Suzy, kawan sekelas Nur.

Nur hanya tersenyum. Dia mula mengemas buku sekolahnya.

"Untung kau tau," ujar Pika pula. Juga kawan sekelasnya.

"Kalau aku nak tandatangan kumpulan TRIO kau boleh minta kan tak?" Tanya Suzy. Dia sudah teruja.

"Boleh. Nanti kalau dia orang buat konsert kat sini. Tiket konsert dia orang pun aku boleh kasi kan," kata Nur sambil senyum.

"Betul ke? Yeay!!" Sorak Suzy dan Pika serentak. Seronok betul mereka.

"Ok lah. Aku nak balik dulu ye. Kita jumpa esok lagi. Bye," ucap Nur lalu berlalu pergi keluar sekolah.

Hari ini Dhiyan tidak menunggunya. Yela. Semalam dah ketahuan. Kalau hari ini Dhiyan menjemputnya pasti Dhiyan akan dikelilingi peminat perempuan. Dia juga yang akan cemburu nanti.

"Nur. Boleh kita bincang sekejap," tegur Maya tiba tiba.

Nur berhenti melangkah. Dia memandang Maya. Hatinya berasa tidak tenang. Sejak ada Maya di sini dia dapat rasakan yang Maya mahukan Dhiyan.

"Kita bincang di kafe lah," kata Nur setuju berbincang dengan Maya. Dia juga ingin tahu apa yang nak dikatakan Maya.

Mereka berdua terus menuju ke arah kafe yang berdekatan.

* * *
"Kau nak bincang apa?" Tanya Nur setelah mereka duduk berhadapan di dalam kafe.

"Kau tahu kan aku pengurus TRIO. Jadi aku tak nak kau hancurkan TRIO," kata Maya terus tanpa selindung.

"Bila masa aku hancur kan TRIO?" Tanya Nur geram.

"Kau kekasih Dhiyan kan. Dhiyan vokalis TRIO. Kalau orang tahu kau ni kekasih Dhiyan hancur lah dia," ujar Maya sinis.

Nur diam. Jarinya digenggam kuat. Menahan geram di hati.

"Kau bayangkan lah. Bila semua orang tahu Dhiyan ada kekasih. Peminat pun tak kan suka. Sekiranya Dhiyan pilih kau. TRIO akan terkubur sebab dah takde vokalis. Kau nak macam tu ke?" Ujar Maya sengaja buat Nur rasa bersalah.

Nur memikirkan kata kata Maya. Ada benarnya.

"Kau tahu kan Dhiyan tu baru je terkenal. Tak kan lah kau nak hancurkan cita cita Dhiyan. Kekasih jenis apa lah kau ni. Pentingkan diri," selamba Maya berkata.

"Jaga sikit mulut kau tu Maya. Kalau aku pentingkan diri dah lama aku hebohkan kat semua orang yang aku ni kekasih Dhiyan. Tapi takde kan," balas Nur geram.

"Memang lah kau tak hebohkan. Tapi kalau orang dah tahu macam mana? Dhiyan mesti pilih kau dari TRIO. Kau tak terfikir ke Nur, Dhiyan lebih beri tumpuan kat kau kalau kau ada. Macam mana dia nak beri tumpuan kat nyanyian dia. Kalau kau pentingkan Dhiyan. Putus je la," ujar Maya sengaja buat Nur panas hati.

Nur menghentak meja tanda marah dengan kata kata Maya. Dia terus berlalu keluar dari kafe. Hatinya panas dengan Maya. Memang apa yang dikata Maya ada betulnya. Tapi mana mungkin dia ingin berpisah dengan Dhiyan. Mereka berdua bukan kekasih tapi suami isteri. Dia sangat cintakan Dhiyan.

Nur mula tidak pasti nak membuat pilihan sama ada ikut Dhiyan ke luar negara atau tinggal disini dan terus berjauhan dari Dhiyan.

"Bodohnya kau Nur. Zaman sekarang ni orang tak kisah kau ada kekasih penyanyi ke tidak. Orang akan suka juga penyanyi walaupun penyanyi tu ada kekasih," Maya tergelak seorang diri. Berjaya memperbodohkan Nur.

Dia hanya memandang Nur yang sudah berlalu pergi sambil ketawa jahat. Dhiyan pasti dia akan rampas. Itu tekad Maya.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now