Berdating

4K 149 0
                                    

Hari minggu yang ditunggu Nur akhirnya tiba. Dia tidak sabar nak berjalan bersama Dhiyan. Macam macam ingin dilakukannya bersama Dhiyan. Masa yang singkat harus digunakan sebaik baiknya supaya bila Dhiyan pergi semula ke luar negara mereka ada kenangan yang boleh diingati. Nur memandang Dhiyan yang masih tidur.

"D.. Bangun lah. Dah pagi ni. Kata nak jalan jalan," Nur mengejutkan Dhiyan. Pipinya Dhiyan dicucuk dengan jari telunjuknya.

"Nanti lah sayang. Awal lagi ni," sahut Dhiyan. Dia menarik Nur dalam pelukkannya.

"Alaaa.. Bangun lah D," Nur menolak nolak dada Dhiyan. Cuba melepaskan diri.

"Yela.. Yela.. D bangun lah ni," ujar Dhiyan melepaskan Nur dari pelukan.

"Yeay!! Nur mandi dulu ye," Nur bingkas bangun tetapi tangan ditarik Dhiyan.

"Kenapa D?" Tanya Nur pelik memandang Dhiyan.

"Nak ikut mandi sama boleh?" Pinta Dhiyan sambil buat muka kesian.

Darah menyerbu naik ke muka Nur. Dia malu.

"Boleh lah sayang.. Iye," kata Dhiyan. Bibirnya tersengih nakal.

"Jangan nak mengada," ujar Nur menarik tangannya.

"Alaa.. D nak mandi dengan sayang. Nak sayang mandikan D," Dhiyan menyakat. Dia tahu Nur sudah malu.

"Tak nak. Mandi sendiri," balas Nur. Dia terus mencapai tuala lalu masuk ke bilik air. Pintu bilik air dikuncinya. Takut tetiba Dhiyan sergah masuk.

Dhiyan hanya memandang Nur masuk ke bilik air. Bibirnya tersenyum. Terasa bahagia di dalam hatinya. Kehidupan rumah tangga macam ini lah yang diingininya.

* * *
"Sayang! Cepat lah!" Jerit Dhiyan memanggil Nur. Dhiyan sudah berdiri di pintu rumah. Kaca matanya dibetulkan. Terasa macam nerd pula tapi itu demi melindungi identitinya.

"Kejap lah D," balas Nur dari dalam bilik. Dia cepat menyepit rambut hadapannya. Mencapai beg lalu keluar bilik.

"Dia yang mandi dulu dia yang lambat siap," bebel Dhiyan sambil menyarung kasut.

"Apa D cakap?" Tanya Nur. Kurang jelas dengar apa yang Dhiyan bebelkan.

"Tak ada apa apa sayang," ujar Dhiyan lalu berpaling memandang Nur.

Matanya terpaku melihat Nur. Entah kenapa dia rasakan Nur sangat comel dan cantik hari ini. Rasa bertuah dalam hati kerana Nur miliknya.

"Kenapa D pandang Nur camtu?" Tanya Nur. Jantungnya berdebar bila Dhiyan merenungnya.

Nur mengambil kasutnya lalu menyarung di kakinya.

"Sayang cantik," Dhiyan berbisik memuji Nur.

Muka Nur bertukar warna merah. Dia berasa malu tapi suka dengar pujian Dhiyan.

"Terima Kasih D," ucap Nur malu malu. Dia cepat cepat cium pipi Dhiyan.

"Kasih diterima sayang," balas Dhiyan tersenyum. Suka dengan ciuman yang diberi Nur.

Dhiyan mencapai tangan Nur dan mereka bersama keluar dari rumah. Pintu rumah dikunci. Mereka bersama sama jalan menuju ke destinasi yang ingin ditujui.

* * *
Dari menonton wayang bersama hingga berjalan jalan ada sahaja gurau senda antara mereka. Gelak tawa sentiasa menghiasi di bibir mereka. Nur yang paling gembira sekali. Dhiyan tumpang gembira. Baginya Nur gembira itu telah cukup buat dia gembira juga.

"Nak aiskrim tak?" Tanya Dhiyan.

"Nak," jawab Nur laju. Kepala diangguknya.

Dhiyan ketawa kecil. Tahu sangat Nur memang suka aiskrim.

"Sayang tunggu sini ye. D pergi beli kat sana tu," kata Dhiyan sambil menunjuk lori aiskrim.

Nur ikut kata Dhiyan. Dia duduk di bangku sambil melihat Dhiyan pergi membeli aiskrim. Dari jauh dia memerhati Dhiyan. Sungguh kacak Dhiyan dimatanya. Bertuah memiliki Dhiyan.

Sedang memerhati Dhiyan, Nur ternampak sekumpulan gadis mendekati Dhiyan yang menuju ke arahnya. Hatinya tidak berasa tenang. Dengan segera dia bangun terus mendapatkan Dhiyan yang mula dikelilingi gadis gadis itu.

"Kenapa ni ye?" Tanya Nur. Lengan Dhiyan dipautnya.

"Ermm.. Ini Dhiyan kan? Vokalis TRIO tu," ujar sorang gadis tersebut.

Dhiyan pantas geleng kepala. Menidakkannya.

"Bukan lah. Awak salah orang ni. Ni suami saya," balas Nur tidak mahu gadis gadis itu tahu.

"Tapi muka memang nampak sama dah," kata salah seorang lagi gadis.

"Maaf. Saya bukan vokalis TRIO tu. Memang muka nampak sama tapi bukan. Dia tak rabun tapi saya rabun. Pakai kaca mata lagi ni," ujar Dhiyan sopan.

"Salah orang lah ni. Sorry ganggu," sekumpulan gadis memohon maaf lalu berlalu pergi.

Nur dan Dhiyan menghembus nafas lega. Nasib baik tidak diketahui.

"Jom sayang," ajak Dhiyan. Dia menghulurkan aiskrim kepada Nur. Tangan Nur ditariknya.

Nur hanya mengikuti langkah Dhiyan tidak tahu kemana lagi ingin dituju.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now