Cemburu Sedih

3.8K 135 0
                                    

Nur melangkah pulang ke rumah. Hari ini Dhiyan tidak menjemputnya dari sekolah. Kata Dhiyan hari ini dia dan kawan kawannya berbincang pasal lagu terbaru yang dicipta dan praktis menyanyi. Sudah 2 hari Raz, Ary dan Maya berada di sini. Jadi masa Dhiyan lebih bersama mereka. Nur berasa sedih tetapi tidak diluahkan kepada Dhiyan.

Sebaik sahaja sampai di muka pintu rumahnya. Nur terdengar gelak tawa dari dalam rumahnya. Dhiyan telah beri alasan kepada kawan kawannya yang Nur setiap balik sekolah pasti singgah di rumahnya. Nur mengeluh. Terpikir sama ada nak masuk atau tidak padahal rumahnya sendiri.

Nur memulas tombol. Pintu rumah dibukanya. Dia melangkah masuk. Kasut sekolahnya di tanggalkan.

"Nur! Meh join kita orang makan," ajak Ary.

Nur memandang mereka semua ada di dapur tengah menikmati makanan. Dia nampak Dhiyan tengah berselera makan. Maya sibuk melayan Dhiyan. Nur terasa hati. Selalunya Dhiyan akan sambut dia pulang tetapi sejak ada Ary, Raz dan Maya tiada lagi sambutan dari Dhiyan. Terasa dipinggirkan pula.

"Kalau Nur nak tahu. Kari yang Maya buat ni sedap tau," Raz memuji masakan Maya.

"Yang paling kuat makan kari Maya ni si Dhiyan ni lah," ujar Ary pula.

"Mana ada lah," nafi Dhiyan. Dia memandang Nur. Dia perasan wajah Nur berubah.

Nur diam. Rasa sedih mula memenuhi dalam hati. Bukan setakat sedih sahaja. Cemburu juga ada. Tidak sangka Dhiyan lebih suka masakan orang lain.

"Alamak! Nur baru teringat lah. Nur ada hal yang belum selesai. Korang makan lah ye," ujar Nur sambil tersenyum paksa.

"Pergi dulu.. Bye," Nur berlalu pergi keluar dari rumah sebaik sahaja menyarung kasut sekolahnya. Matanya sudah berair.

Dhiyan hanya memandang. Ingin dia kejar mendapatkan Nur tetapi mana mungkin dia tinggalkan kawan kawannya di dalam rumah. Nanti diceroboh masuk biliknya. Tak pasal pasal kawan kawannya tahu dia dah berkahwin pula nanti. Dia membiarkan Nur pergi. Dia tahu mana nak mencari Nur. Dia akan pujuk isteri kesayangan itu.

"Eh? Apa yang korang tengokkan? Makan lah," Maya meleraikan pandangan mereka yang memandang Nur pergi.

Maya tersenyum jahat. Puas hatinya kerana berjaya membuat Nur sakit hati dan cemburu. Memang itu motifnya. Dia nak Nur dan Dhiyan bergaduh supaya dia dapat memiliki Dhiyan.

Mereka semua meneruskan menikmati makanan. Dhiyan makan sambil mendiamkan diri. Hatinya tidak tenang memikirkan Nur.

* * *
Dhiyan mencari cari Nur. Sudah puas dia mencari tetapi tidak juga jumpa. Dia telah pergi ke tempat kesukaan Nur tetapi Nur tiada. Dia pergi juga di atas bumbung tempat mereka melepak tetapi tiada juga Nur. Dia telah menelefon ibu ayah mereka tetapi mereka kata Nur tiada pulang. Dhiyan meramas rambutnya. Bingung. Tidak tahu lagi dimana ingin mencari Nur.

Dhiyan hanya berdiri. Memandang sekeliling. Dia rasa bersalah kerana membiarkan Nur pergi. Dia sangat risaukan Nur. Takut ada perkara buruk yang berlalu pada isterinya itu. Cuaca yang mendung telah menurunkan hujan. Badan Dhiyan mula basah. Dia tidak membawa payung.

"Sayang pergi mana ni. Maafkan D," kata Dhiyan sendiri. Sedih.

Dhiyan memikirkan tempat yang selalu akan Nur pergi. Tetapi tiada lagi dalam fikirannya. Dia mengeluh kasar. Rambut yang basah diraup ke belakang. Tiba tiba terlintas difikirannya satu tempat yang akan Nur pergi. Taman permainan. Tempat pertama kali mereka bertemu. Dhiyan pasti Nur ada situ. Pantas dia berlari ke taman permainan.

* * *
Nur menghayunkan buaian perlahan. Hujan yang turun tidak dipedulikan. Badannya sudah basah kuyup. Dia merasa sangat sedih. Air mata yang turut mengalir bersama hujan hanya dibiarkan sahaja.

Dhiyan yang tiba di taman permainan ternampak Nur yang tengah kebasahan duduk di buaian. Dhiyan terus berlari mendapat Nur.

"Sayang!" Panggil Dhiyan. Terus dipeluknya badan Nur.

Nur menolak badan Dhiyan. Tidak mahu dipeluk.

"Sayang.. Maafkan D," Dhiyan melutut di depan Nur.

Nur hanya diam. Dipaling mukanya tidak memandang Dhiyan.

"Sayang.. Jom balik. Nanti sayang demam," Dhiyan memujuk Nur.

Nur hanya membisu. Tidak melayan Dhiyan. Pujukan Dhiyan juga tidak dipedulikan.

Dhiyan mengeluh. Dia bangun berdiri depan Nur. Dia harus berbuat sesuatu. Mereka kena pulang kerumah. Hujan makin lebat. Dia tidak mahu Nur jatuh sakit nanti. Dengan selamba dia mendukung Nur.

"Apa ni D? Turunkan Nur," marah Nur. Dia meronta ingin turun.

Dhiyan tidak peduli. Dia terus berjalan pulang sambil mendukung Nur. Akhirnya Nur diam. Leher Dhiyan dipautnya. Mereka berdua terus pulang ke rumah.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now