Nur terjaga daripada tidurnya lantas bangun dari pembaringan. Tiba tiba mukanya terasa panas. Dia malu. Tak sangka dia memeluk Dhiyan hingga ke pagi. Cepat cepat Nur turun dari katil. Dia tidak mahu Dhiyan terjaga dan tahu dia tidur sambil memeluk Dhiyan.
Nur terus masuk ke bilik air sebaik mencapai tuala. Dia harus segera bersiap hendak ke sekolah. Dia tidak mahu lambat. Denda akan dikenakan sekira pelajar lewat datang ke sekolah.
Selesai membersihkan diri, Nur segera bersiap memakai pakaian sekolahnya. Rambutnya disikat rapi. Rambut dihadapan disepit dengan penyepit rambut. Mukanya disapu bedak supaya tidak kelihatan pucat. Pelembap bibir disapu sedikit supaya bibirnya tidak kering.
Nur mencapai beg sekolahnya sebaik sahaja selesai bersiap. Nur mendekati katil sambil memandang Dhiyan. Berkira kira ingin kejutkan Dhiyan atau tidak.
"Tak payah," ujar Nur perlahan.
Dia mendekati Dhiyan lalu mencium dahi Dhiyan perlahan tidak mahu Dhiyan terjaga. Nur terus keluar dari bilik dan menutup pintu bilik perlahan.
* * *
Dhiyan mengeliatkan badannya. Dia berpaling memandang ke sebelah melihat Nur tetapi kosong. Dhiyan pantas bangun. Dia mencari cari Nur. Dhiyan membuka bilik air. Kosong. Dhiyan terus keluar dari bilik ke ruang tamu. Kosong. Dia mula mengusap rambut dengan kasar."Sayang tinggalkan D ke?" Sayu suara Dhiyan.
Dia tidak sangka Nur telah pergi meninggalkan dia. Silapnya juga. Dulu dia yang tinggalkan Nur. Sekarang Nur pula tinggalkannya.
Dhiyan menuju ke dapur ingin mengambil air. Tekaknya tetiba rasa haus. Tiba tiba Dhiyan terpandang sesuatu di atas meja. Penutup makanan. Di atas penutup makanan itu ada sekeping nota yang ditinggalkan Nur. Dia pantas mencapai nota tersebut.
"Nur dah siapkan sarapan D. D makan lah ye. Nur pergi sekolah dulu."
Dhiyan tersengih membaca nota yang ditulis Nur. Baru dia teringat yang Nur sekolah hari ini. Dia pula tidak pasal pasal gelabah memikirkan Nur meninggalkannya. Mana mungkin Nur meninggalkannya.
Dhiyan membuka penutup makanan. Senyumannya lebar. Macam mana dia tidak sayangkan Nur. Nur tahu apa yang disukainya malah sepanjang dia mengenali Nur, Nur selalu membuatkannya makanan atau bekal untuk dibawa ke sekolah. Sayangnya pada Nur tidak pernah berkurang.
* * *
Dhiyan memetik metik tali gitar mencari not yang sesuai. Bila dia rasakan not tersebut sesuai ditulisnya di kertas yang tertulis sebuah lagu. Kemunculan kumpulan TRIO pada masa akan datang akan disertakan dengan lagu baru. Dia tidak mahu peminat kecewa bila TRIO tidak membawa lagu terbaru.Tempoh sebulan dia minta pada syarikat rakaman untuk menyiapkan lagu baru. Sedangkan dalam seminggu dia boleh menyiapkan lagu baru tetapi sengaja dia minta selama sebulan kerana dia ingin berehat dan memujuk Nur.
Dhiyan sandarkan badannya ke sofa. Matanya memandang siling. Dia mula teringatkan kenangan saat dia mengenali Nur.
* * *
Dhiyan berdiri di atas kerusi yang terdapat di taman permainan. Ketika itu dia baru berusia 8 tahun. Dengan selamba Dhiyan terus menyanyi. Suara kanak kanaknya kedengaran disekitar taman permainan itu."Hoi! Diam lah! Bising!" Jerit seorang budak yang tengah bermain.
"Suara tak sedap nak menyanyi pula," kata seorang budak yang lain.
Dhiyan terdiam. Dia tertunduk malu. Dia suka menyanyi. Cita citanya ingin jadi penyanyi tetapi semua orang kata suaranya tidak sedap didengar. Dhiyan duduk. Hatinya sayu. Disebabkan dia suka menyanyi tidak ada yang sudi berkawan dengannya.
"Hai awak. Awak yang nyanyi tadi kan," tegur satu suara.
Dhiyan mengangkat muka dan memandang seorang budak perempuan yang berdiri dihadapannya. Comel. Rambut diikat dua. Kulit pula putih.
"Hai juga. Kenapa?" Tanya Dhiyan.
Budak perempuan tu tepat memandang ke matanya yang berwarna kecoklatan.
"Awak nyanyi sedap lah. Boleh nyanyi lagi tak untuk saya?" Kata budak perempuan sambil tersenyum.
Dhiyan terkejut. Tidak sangka ada yang suka mendengarnya menyanyi. Hatinya riang. Pantas dia mengangguk setuju.
"Nur, jom balik," ajak seorang wanita kepada budak perempuan tu.
"Saya Nur. 5 tahun. Nanti kita jumpa lagi ye. Awak mesti nyanyi untuk saya. Bye," ujar budak perempuan itu lalu pergi memimpin tangan wanita itu pulang ke rumah sambil melambai tangan.
Dhiyan membalas lambaian Nur. Matanya terus melihat Nur pergi hingga hilang dari pandangannya. Bibirnya terukir senyuman. Tidak sangka ada yang suka dengarnya menyanyi. Dhiyan melonjat kesukaan.
YOU ARE READING
Cinta Kita [Complete]
RomansaDhiyan - Vokalis kumpulan TRIO yang terkenal. Menyanyi adalah cita-citanya serta impian seseorang. Walaupun terkenal dan disukai ramai gadis tetapi seorang suami yang setia. Sangat mencintai isterinya. Nur - Merupakan teman Dhiyan sewaktu kecil. Men...