Terjawab

5.4K 152 1
                                    

"Saya dan Nur, isteri saya ini adalah kawan baik sejak kecil lagi. Kami berkahwin pada tahun lepas. Suka sama suka. Selepas saya berkahwin saya meninggalkan Nur kerana mendapat tawaran sebagai penyanyi di sini,"

"Demi cita cita dan ingin menunaikan impian seseorang saya terpaksa meninggalkan Nur. Nur izikan saya pergi. Kami merahsiakan perkahwinan kami. Saya tidak mahu sesiapa tahu sebab masih baru dalam bidang nyanyian. Nur pula tidak mahu kawan kawannya tahu kerana masih sekolah,"

"Kami tidak mempunyai anak lagi. Nur baru mengandungkan anak saya. Kiranya ini anak pertama kami,"

Panjang lebar Dhiyan menjelaskan. Semua wartawan sibuk merakam. Ada juga yang mencatit.

"Boleh kami tahu siapa impian yang awak ingin tunaikan itu?" Tanya wartawan lagi.

Nur memandang Dhiyan. Dia juga ingin tahu impian siapa.

Dhiyan memandang Nur lalu tersenyum. Dia tahu Nur mesti lupa impian sendiri.

"D tunaikan impian sayang," kata Dhiyan pada Nur.

Nur berkerut dahi. Memikirkan. Kemudian baru dia teringat. Dia tidak sangka Dhiyan masih ingat impiannya yang mahu melihat Dhiyan menjadi penyanyi terkenal.

"Cita cita saya hanya lah menjadi penyanyi. Terkenal atau tidak itu lain cerita. Tetapi impian isteri saya dia mahu saya terkenal dan dikenali semua. Jadi saya tunaikan lah menjadi kenyataan,"

"Ketika kecil isteri saya yang suka dengar saya menyanyi. Hingga lah kami remaja dia selalu menyokong dan memberi semangat. Sentiasa ada disisi saya,"

Dhiyan menjelaskan semua. Rasa puas di hati kerana semuanya sudah terlepas dan terjawab.

Nur yang duduk disebelah Dhiyan sudah berasa terharu. Erat dia mengenggam tangan Dhiyan. Makin bertambah rasa cintanya pada Dhiyan.

"Terima Kasih kepada semua wartawan yang sudi mendengar penjelasan dari saya. Kepada peminat TRIO terpulang anda untuk meminati saya atau tidak tetapi saya tetap terus menyanyi kerana saya ingin dikenali kerana bakat bukan disebabkan personaliti. Terima Kasih," ucap Dhiyan. Dia berdiri dan menundukkan badan sedikit. Bersedia untuk meminta diri.

Nur turut bangun berdiri sebelah Dhiyan.

Selesai sudah sidang media yang diadakan. Semua wartawan berpuas hati dengan  jawapan yang diberi Dhiyan. Semua bersurai.

* * *
"Hei Dhiyan! Tak sangka kau nak jadi papa dah," kata Ary sambil memeluk bahu Dhiyan.

"Boleh lah aku jadi ayah saudara anak kau," ujar Raz juga.

Dhiyan ketawa kecil. Gembira. Nur yang sentiasa ada dekatnya turut tersenyum.

"Nur. Boleh aku cakap sikit dengan kau?" Tanya Maya tiba tiba.

Nur mengangguk setuju. Mereka berdua jalan jauh sedikit dari Dhiyan Ary dan Raz.

Dhiyan hanya memerhati. Risau juga dihatinya kalau Nur tiba tiba diapa apakan oleh Maya.

"Aku nak minta maaf dengan kau. Aku nak minta maaf juga sebab berkasar dengan kau," ucap Maya terus terang. Kepalanya ditundukkan.

Dia rasa bersalah dengan Nur. Dia tahu dia takkan dapat memiliki Dhiyan.

"Takpe lah Maya. Yang lepas biar jela. Aku maafkan kau," kata Nur tersenyum.

Hal yang lepas tak perlu diungkitkan lagi. Dia tak nak serabutkan fikirannya lagi.

"Terima Kasih Nur," kata Maya.
Lega hatinya kerana Nur tak dendam dengannya.

"Sama sama," balas Nur senyum.

"Sayang.. Jom balik. Sayang tu kena rehat banyak," Dhiyan mengajak Nur pulang. Dia memeluk pinggang Nur.

Nur senyum memandang Dhiyan sambil angguk sedikit.

"Kami balik dulu ye. Jumpa lagi," ucap Dhiyan sambil melambai ke arah Ary Raz dan Maya.

Mereka berdua terus berlalu pergi sambil berpimpinan. Tiada masalah lagi yang melanda. Hati masing masing terasa lapang. Semuanya sudah terlerai dan terjawab.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now