Masa Berlalu

3.6K 143 0
                                    

Sudah sebulan Dhiyan pergi ke luar negara semula. Nur seperti biasa menjalani hari harinya. Pergi ke sekolah. Pulang dari sekolah. Tinggal lagi sebulan lagi dia akan tamat zaman persekolahan.

Hari ni juga Nur tidak lupa singgah ke tempat kesukaannya iaitu bangunan yang memaparkan skrin besar. Dia memandang skrin tersebut yang tengah menyiarkan muzik video terbaru kumpulan TRIO.

Dia memandang Dhiyan. Rasa rindu sudah hadir. Dia ada menghantar email kepada Dhiyan. Dhiyan juga ada membalas tetapi tidak selalu kerana Dhiyan sibuk. Nur juga sibuk kerana dia sedang menjalani minggu exam.

Sedang asyik melihat Dhiyan skrin di bangunan mula memaparkan berita yang terbaru tentang dunia hiburan.

"Khabar angin mengatakan vokalis TRIO, Dhiyan sedang hangat bercinta dengan pengurus kumpulan mereka sendiri iaitu Maya."

Bulat mata Nur memandang skrin tersebut. Kelihatan Dhiyan tengah berjalan keluar dari sebuah bangunan bersama Maya. Mereka dikerumuni sekumpulan wartawan yang inginkan perjelasan.

"Menurut wartawan Dhiyan tidak mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut. Maya pula hanya tersenyum seolah mengiyakan gosip tersebut,"

Berkerut kerut dahi Nur. Bibirnya di ketap geram. Maya sudah melampau.

"Peminat TRIO yang mengetahui gosip tersebut tidak kisah. Malah mereka setuju Dhiyan bersama Maya. Kata peminat mereka Dhiyan dan Maya pasangan yang serasi dan secocok,"

Nur menghentak kaki. Makin panas pula dia mendengar khabar angin tersebut.

"Apa apa pun kami disini masih menunggu pengesahan dari Dhiyan. Sekian terima kasih,"

Nur terus pulang ke rumah. Dia mahu menghubungi Dhiyan. Dia ingin kepastian. Menyampah betul dia dengan Maya.

* * *
Malam itu Nur sudah bersedia di atas katilnya. Hari ini dia mahu buat video call dengan Dhiyan. Dia nak tanyakan hal tentang gosip tersebut. Nur menekan video call di laptopnya. Menunggu disambut oleh Dhiyan.

"Hai sayang!" Jerit Dhiyan sebaik menyambut video call dari Nur.

Selama ini mana pernah Nur nak bervideo bagai dengannya. Tiba tiba hari ni nak bervideo call pula. Pasti ada sebabnya dan dia tahu apa sebabnya itu.

"Hai D," balas Nur malas. Mula merajuk.

"Hahaha! Sayang D dah majuk ye," kata Dhiyan. Rindu betul dia dengan Nur.

"Iya. Majuk ni. Pujuk lah," Nur memuncungkan bibirnya.

"Alololo.. Muahh!!" Dhiyan beri flying kiss. Memujuk Nur.

Nur tersenyum malu. Malas pula nak merajuk lama lama.

"Sayang nak tahu pasal gosip tu kan. Jangan percaya ye," ujar Dhiyan terus.

"Betul kan D dan Maya tu tak ada apa apa?" Tanya Nur ingin kepastian lagi.

"Betul sayang. Itu gosip je," jawab Dhiyan jujur.

"Jadi kenapa D tak nak terus teranv kat wartawan yang D dengan Maya tak bercinta pun," ujar Nur lagi. Ditatapnya wajah Dhiyan di skrin laptopnya.

"Benda tak penting pun sayang. Biar lah. Yang penting sayang percayakan D. Itu sudah cukup," balas Dhiyan sambil senyum.

Nur turut tersenyum. Dia memang percayakan Dhiyan tapi dia tak percayakan Maya. Takut entah apa lagi yang dibuatnya Maya untuk merampas Dhiyan. Dia tak boleh biarkan perkara itu terjadi.

"Sayang.. Cepat lah datang sini. D rindu tau. Nak peluk sayang. Nak cium sayang," mengada Dhiyan berkata.

"Sabar lah. Lagi sebulan je lagi. Nanti sayang datang," ujar Nur.

"Baik sayang. D tunggu sayang," Dhiyan senyum.

"Eh sayang. Dah dah. Pergi tidur ye. Esok sekolah kan. Jawab exam elok elok taw," pesan Dhiyan.

"Baik D. D jaga diri ye. I Love You. Muah!!," ucap Nur sambil memberi ciuman.

"I Love You too Sayang. Mmmmuuuaaaaahhhh!!!" Balas Dhiyan dengan ciuman yang panjang.

Nur ketawa seronok. Mereka berdua terus mematikan talian video call. Malam itu Nur tidur dengan lena. Kebimbangannya sudah terlerai.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now