Sidang Media

5.2K 153 1
                                    

Dhiyan yang duduk di belakang Nur memeluk Nur dengan erat. Nur menyandarkan badannya di dada Dhiyan. Mereka berdua sudah berada di hotel yang diduduki Nur.

"D rindu sayang sangat," ucap Dhiyan. Pipi Nur diciumnya.

"Nur pun rindukan D," balas Nur senyum.

"Sayang lama sangat nak datang. D sedih taw bila sayang cakap tak jadi datang," kata Dhiyan merajuk.

Nur gelak kecil. Tak sangka Dhiyan merajuk. Dipegangnya tangan Dhiyan lalu letak di atas perutnya yang besar.

"Sebab baby ni lah Nur tak dapat datang. Nur minta maaf ye," pujuk Nur. Diciumnya pipi Dhiyan.

"Bila sayang tahu yang sayang mengandung?" Tanya Dhiyan. Dia tidak sangka dia bakal menjadi papa. Perut Nur diusap lembut. Rasa teruja dalam hatinya.

"Selepas sebulan D pergi," jawab Nur.

"Kenapa sayang rahsiakan dari D? Kalau D tahu dah lama D balik," kata Dhiyan. Rasa bersalah pula sebab dia tiada di samping Nur.

"Nur tak nak ganggu D," ujar Nur.

"Tapi.." Dhiyan terdiam. Jari Nur telah melekat dibibirnya.

"Kita lupakan hal yang lepas ye. Sekarang ni Nur dah ada dekat sini. D boleh lah jaga Nur pula," kata Nur tersenyum.

Dhiyan turut tersenyum. Betul kata Nur. Yang dah lepas biarlah. Sekarang ni dia rasa sangat bahagia. Nur dan baby dalam perut Nur dah bersama dengannya. Tidak sabar dia ingin menjadi papa.

"D cintakan sayang. D sayang anak kita ni," ucap Dhiyan romantis.

"Nur cintakan D juga," balas Nur senyum.

Dhiyan mencium bibir Nur. Nur turut membalasnya. Mereka rasa sangat bahagia. Sedang mereka asyik melepaskan rindu. Telefon bimbitnya telefon. Dhiyan terus angkat.

"Hmmm.. Ok.. Esok adakan sidang media. Aku akan jelaskan semuanya," kata Dhiyan dengan orang yang menelefonnya.

Dia terus meletak telefon bimbitnya setelah habis berbicara.

"Siapa yang call D?" Tanya Nur.

"Raz. Dia kata berita pasal D dan sayang dah tersebar. Macam macam spekulasi telah dibuat. Jadi esok ada sidang media. D nak beritahu semua yang sayang isteri D," kata Dhiyan.

"Takpe kasi tahu semua orang?" Soal Nur lagi.

"Takpe sayang. D dah tak sanggup nak berahsia. Biar lah semua tahu. Nak jadi apa pun jadi lah. Asalkan D ada sayang dan anak kita," ujar Dhiyan.

Nur hanya diam. Dia hanya ikut sahaja apa yang Dhiyan mahu. Dia pun dah tak kisah semua itu lagi. Yang penting dia bersama Dhiyan.

* * *
Nur mengikuti Dhiyan ke dewan yang akan mengadakan sidang media. Dia tidak mahu ikut tetapi Dhiyan menyuruhnya ikut. Dia hanya menurut sahaja walaupun dia rasa takut.

Dhiyan mengenggam erat tangan Nur. Menyalurkan kekuatan pada Nur. Dia tahu Nur gementar.

Mereka berdua memasuki dewan. Sinaran dari lensa kamera terus berkelipan. Mereka menuju ke arah tempat yang telah disediakan. Hari ini semuanya akan terbongkar.

"Selamat Pagi semua," ucap Dhiyan sebaik sahaja duduk. Nur duduk disebelah Dhiyan. Genggaman tangan masih tidak dilepaskan.

"Selamat Pagi," balas semua wartawan.

"Kita terus kepada tujuan utama. Silakan bertanya tetapi satu persatu ye," kata Dhiyan. Matanya memandang ke depan.

"Siapa perempuan disebelah awak Dhiyan?" Tanya seorang wartawan.

Dhiyan memandang sebelah. Senyum kepada Nur. Nur turut balas senyuman Dhiyan.

"Seorang insan yang istimewa dalam hati saya. Dia adalah isteri tercinta saya," jawab Dhiyan jujur.

Kedengaran suara kecoh di antara wartawan. Tidak sangka vokalis TRIO sudah berkahwin. Ahli TRIO Raz dan Ary yang berada di situ hanya tersenyum dengar. Maya yang juga turut ada terkejut. Tidak sangka Dhiyan sudah berkahwin.

"Bila berkahwin?"

"Kenapa rahsiakan?"

"Anak dah ramai ke?"

"Macam mana dengan Maya?"

Bertalu talu soalan daripada wartawan wartawan yang terdapat di dalam dewan.

Dhiyan hanya tersenyum mendengar soalan soalan tersebut.

"Biar saya bercerita dari awal. Segalanya akan terjawab," kata Dhiyan.

"Pertama kali saya nak kata. Saya dan Maya tidak ada apa apa hubungan. Itu hanya gosip semata mata," sambung Dhiyan selamba.

Kemudian Dhiyan menarik nafas lalu di hembus perlahan. Dipandang sekilas Nur disebelahnya. Tangan masih erat memegang tangan Nur.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now