Nur mengemas bajunya. Dia tidak sabar hendak ke luar negara bertemu dengan Dhiyan. Tersenyum lebar bibirnya. Kemudian dia mengusap perutnya. Sudah 8 minggu usia kandungannya. Dhiyan pasti akan terkejut.
"Nur. Ibu ayah nak cakap sedikit boleh. Jumpa di ruang tamu ye," kata ibu sambil berdiri di pintu bilik.
"Baik ibu. Kejap lagi Nur datang," ujar Nur.
Sejak ibu ayahnya mengetahui dia mengandung terus ibu ayah menyuruhnya duduk di rumah mereka. Mereka tidak mahu Nur berseorangan kerana tidak ada sesiapa yang menjaganya nanti.
Nur bangun lalu keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Kelihatan ibu ayahnya tengah menunggu.
"Ibu ayah nak cakap apa ye?" Tanya Nur sebaik melabuhkan duduknya di sofa.
"Ayah dan ibu tak nak Nur pergi luar negara buat masa ni," ujar ayah.
Nur terkejut. Kenapa ayah dan ibu tidak mahu dia pergi sedangkan mereka juga sudah mengizinkan.
"Kenapa?" Tanya Nur lagi.
"Nur kan mengandung. Baru 2 bulan. Masih baru. Tak kuat lagi. Tak kan dah nak pergi sana," ujar ibu lembut.
"Tapi ibu.. Nur dah janji dengan Dhiyan tamat je sekolah Nur pergi sana," balas Nur. Dia dah tak sanggup lagi nak lama lama jauh dari Dhiyan.
"Nur sayang. Nur boleh pergi. Ayah dan ibu tak larang pun. Tapi buat masa ni biar kandungan Nur kuat. Dah 4 bulan nanti Nur pergi lah," pujuk ayah sambil usap kepala Nur.
"Iya Nur. Nanti kalau jadi apa apa kan susah. Mesti Dhiyan sedih. Ni anak dia juga. Cucu ibu ayah," ibu pegang tangan Nur.
Nur diam. Ada betulnya kata ibu dan ayahnya. Akhirnya dia setuju untuk tidak pergi ke sana buat masa ni. Dia akan beritahu Dhiyan yang dia terpaksa batalkan kedatangannya.
* * *
Nur menatap laptopnya. Dia ingin menghantar email kepada Dhiyan tetapi dia tidak tahu apa alasan yang ingin diberikan. Dia tidak mahu menyakiti hati Dhiyan."Hai D sayang. Sihat tak? Nur di sini sihat je. Nur nak beritahu D sesuatu. Tapi sebelum tu Nur nak minta maaf dulu. Nur harap D tak marah. Nur tak dapat datang ke sana. Nur ada hal. Kawan kawan Nur ajak bercuti. Nur tak dapat menolak. Jadi Nur tak dapat datang buat masa ni. Maafkan Nur. I Love You. Tataa.."
Nur menekan butang sent. Dia terpaksa menipu Dhiyan. Dia tahu pasti Dhiyan akan sedih dah kecewa. Tetapi dia terpaksa batalkan. Dia baringkan badannya di katil. Tangannya menyentuh perutnya.
"Maafkan mama ye sayang. Nanti kita jumpa papa ya," Nur mengusap lembut perutnya.
Nur memejamkan matanya. Dia sangat rindukan Dhiyan. Dia harus sabar. Demi anaknya. Bila kandungannya sudah kuat dia akan datang menemui Dhiyan. Akhirnya Nur terlena sambil tangannya di perutnya.
Hai! Sori ye part ni pendek sikit. Apa apa pun enjoy ye! Jangan lupa vote! Tak lama lagi nak tamat dah taw ^•^
YOU ARE READING
Cinta Kita [Complete]
RomansDhiyan - Vokalis kumpulan TRIO yang terkenal. Menyanyi adalah cita-citanya serta impian seseorang. Walaupun terkenal dan disukai ramai gadis tetapi seorang suami yang setia. Sangat mencintai isterinya. Nur - Merupakan teman Dhiyan sewaktu kecil. Men...