Cita-cita dan Impian

4.4K 151 0
                                    

Nur berlari mendaki tangga naik ke atas bumbung bangunan. Dia sudah lambat untuk bertemu dengan Dhiyan. Dia berharap Dhiyan tidak marah kerana dia sudah lewat. Bukan sengaja dia lewat tetapi aktiviti di sekolah lambat tamat.

Nur menghembus nafas penat sebaik sampai di atas bumbung. Kelihatan Dhiyan sedang duduk sambil memetik gitar. Angin petang bertiup perlahan. Tersenyum Nur memandang Dhiyan. Satu persatu langkah di aturkan ke arah Dhiyan.

"Hai D," sapa Nur lalu duduk disebelah Dhiyan.

"Lambat hari ni ye," ujar Dhiyan sambil memandang Nur.

"Biasa lah D. Masuk sekolah menengah ni macam macam aktiviti kena ikut," kata Nur lembut.

Rambutnya beralun ditiup angin. Matanya memandang pemandangan yang terbentang di hadapannya.

"Dah besar kan. Memang camtu lah," jawab Dhiyan.

Tangan mengusap usap rambut Nur. Sekejap sahaja masa berlalu. Dia berumur 16 tahun dan Nur berumur 13 tahun dah. Hubungan antara dia dan Nur masih kuat. Dari mereka kecil hingga remaja. Perasaan sayang dan cinta kepada Nur sudah ada tetapi dia tidak mahu beritahu Nur lagi.

"D buat lagu lagi ye," Nur mencapai kertas yang tertulis lirik lagu.

"Yup. D nak suatu hari nanti semua lagu yang D cipta dinyanyikan," kata Dhiyan sambil memetik gitar.

"Cita-cita D memang nak jadi penyanyi ye," ujar Nur sambil tepat memandang Dhiyan.

Dhiyan berpaling memandang Nur. Bibirnya tersenyum.

"Iya Nur. Dhiyan nak jadi seorang penyanyi. Lagipun D dah ada peminat tau," balas Dhiyan sambil tersengih.

Nur kerut dahi. Tidak sangka Dhiyan sudah ada peminat. Tetiba hatinya disapa cemburu. Dia tahu di sekolah ramai yang sukakan Dhiyan kerana Dhiyan kacak.

"Siapa?" Tanya Nur perlahan.

"Ni lah peminat D. Dia sangat suka dengar D menyanyi," jawab Dhiyan sambil mencuit hidung mancung Nur.

Muka Nur merah. Dia berasa malu. Pantas dia berpaling tidak memandang Dhiyan. Kalau Dhiyan tahu dia malu pasti teruk dia kena sakat nanti.

Dhiyan tergelak suka. Dia tahu Nur malu. Suka dia melihat muka Nur yang merah merah bila malu. Sangat comel dimatanya.

"D nak tahu tak impian Nur?" Tanya Nur.

Matanya memandang matahari yang ingin terbenam. Dari atas bumbung memang boleh melihat matahari terbenam.

"Apa impian Nur?" Tanya Dhiyan semula ingin tahu.

"Impian Nur nak melihat Dhiyan berjaya menjadi penyanyi dan terkenal di seluruh negara," jawab Nur sambil tersenyum memandang Dhiyan.

Dhiyan terdiam. Tidak sangka itu impian Nur. Hatinya terasa gembira. Nur sentiasa menyokongnya. Dari kecil hingga sekarang hanya Nur yang sentiasa ada setia di sisinya memberi semangat untuk terus menyanyi. Suatu hari nanti dia pasti akan menunaikan impian Nur.

"D.. Nyanyi lah," ujar Nur sambil memeluk lengan Dhiyan. Kepalanya disandarkan di bahu Dhiyan.

Dhiyan mula memetik gitar. Dia menyanyikan sebuah lagu yang diciptanya sendiri. Nur hanya mendengar sambil melihat matahari terbenam. Senja mula ingin menjelma.

* * *
Dhiyan tersedar dari lamunan. Kenangan lalu terus terpadam. Dia tersenyum sendiri bila mengingat kembali kenangan dulu. Akhirnya cita-citanya dan impian Nur berjaya dia capai tetapi dia tidak tahu masih ingat lagi kah Nur dengan impiannya itu.

Dhiyan melihat jam tangannya. Cepat betul masa berlalu. Tanpa membuang masa dia bangun dari tempat duduknya. Ingin menjemput Nur dari sekolah walaupun Nur tidak menyuruhnya. Sengaja dia ingin buat kejutan.

Cermin mata segi empatnya dicapai. Topinya juga turut dicapai. Dia tidak mahu dikenali peminat dan wartawan. Belum tiba masanya dia mendedahkan identitinya. Dia tidak mahu Nur mendapat susah kerana dirinya. Dia sekarang bukan lah orang biasa lagi. Kemana saja dia pergi pasti menjadi perhatian. Jadi biar lah disini dia menyamar demi melindungi Nur.

Dhiyan terus menyarung kasut lalu keluar dari rumah. Pintu rumah dikunci. Dia terus berlalu pergi menuju ke sekolah Nur.

Cinta Kita [Complete]Where stories live. Discover now