"Ezam.. Boleh kita bercakap sekejap?" Tanya Nur sebaik kawan sekelas yang lain mula meninggalkan kelas untuk pulang.
"Boleh," kata Ezam sambil tersenyum. Dia baru selesai memasukkan buku ke dalam beg.
Nur memintal mintal jari sambil berdiri di sisi meja Ezam. Dia tengah memikir ayat yang sesuai untuk menolak cinta Ezam. Ezam yang memandang sabar menanti. Dia tahu Nur ingin berkata tentang hal semalam.
"Nur tak boleh keluar dengan Ezam," akhirnya Nur berkata.
"Kenapa? Abang Nur tak beri izin ke?" Soal Ezam.
"Emm.. Macam ni.. Sebenarnya lelaki semalam tu bukan abang Nur tapi kekasih Nur," ujar Nur tidak memberitahu yang Dhiyan adalah suaminya.
"Ohh..," Ezam tidak terkata. Tak sangka rupanya lelaki semalam kekasih Nur. Dia dah tersalah.
"Nur minta maaf. Nur tak dapat terima cinta dari Ezam," kata Nur sambil menundukkan kepalanya.
"Tak apa lah Nur. Ezam pun minta maaf ya. Dah salah sangka semalam," Ezam turut meminta maaf. Terasa segan pula.
"Tapi kita masih boleh kawan kan?" Tanya Ezam. Tidak mahu menimbulkan rasa kekok diantara mereka berdua nanti.
"Kita tetap kawan," balas Nur sambil senyum.
"Ok lah Ezam. Nur balik dulu ye. Jumpa lagi," ujar Nur lalu berlalu pergi. Dia harus segera pulang kerana Dhiyan pastu sudah menantinya di pintu pagar.
Ezam hanya memandang Nur keluar pergi dari kelas. Dia mengeluh perlahan. Hatinya kecewa. Tidak menyangka yang Nur sudah ada kekasih hati.
* * *
Dari jauh Nur sudah nampak Dhiyan menunggunya di luar pagar sekolah. Seperti biasa Dhiyan pasti akan memakai kaca mata dan topi untuk melindungi identitinya. Dia tersenyum sambil berlari lari anak ke arah Dhiyan. Rasa bahagia sungguh hatinya."Hai D," tegur Nur sebaik tiba di hadapan Dhiyan.
"Jom balik," ajak Dhiyan tersenyum. Dia menghulurkan tangan kepada Nur. Nur menyambung huluran Dhiyan. Digenggam erat.
Mereka berjalan pulang ke rumah sambil berpimpinan. Tetiba Nur menarik tangan Dhiyan menuju ke satu tempat. Dhiyan hanya mengikut langkah Nur.
"D ingat tak tempat ni?" Tanya Nur sebaik sampai. Ada bangunan besar dihapannya.
"Mesti lah ingat. Dekat tempat ni lah D sergah sayang hari tu. Lagipun ni kan tempat kesukaan Nur," kata Dhiyan sambil tersenyum.
Dia tahu disini Nur selalu singgah melihat skrin besar yang terdapat di bangunan itu. Dia masih ingat yang Nur selalu kata dia ingin melihat wajah Dhiyan terpampang di skrin itu sebagai penyanyi terkenal.
"D tahu tak. Balik sekolah Nur pasti ke sini. Nak melihat D. Tengok tu. TRIO," kata Nur sambil memandang ke arah skrin itu.
Dhiyan turut memandang. Skrin tersebut tengah memaparkan kumpulan TRIO yang tengah menyanyikan lagu.
"Dulu Nur kata Nur nak tengok D muncul kat skrin tu. Akhirnya dapat juga," Nur tersenyum suka.
"Sayang..," Dhiyan menarik muka Nur supaya memandangnya.
Nur pandang wajah Dhiyan. Bibirnya masih tersenyum.
"Sekarang D ada depan sayang. Jadi tengok lah puas puas," kata Dhiyan.
"Sebulan je. Pastu nanti D pergi balik," ujar Nur sayu.
"Sebelum D pergi semula sayang tengok lah D. Nak cium peluk D pun boleh. Kalau tengok skrin tu tak boleh cium peluk," balas Dhiyan sambil ketawa.
"Mengada. Dah lah. Jom balik," ajak Nur. Dia merasa malu.
"Sekejap sayang," Dhiyan memegang tangan Nur.
"Hari minggu ni kita pergi dating. Nak tak?" Tanya Dhiyan.
"Nak!" Jerit Nur kesukaan. Dah lama rasanya dia tak berjalan bersama Dhiyan.
Dhiyan senyum suka. Suka melihat Nur gembira. Melihat senyum tawa Nur sahaja sudah buat dia terasa bahagia.
Mereka berdua pulang ke rumah sambil bergurau senda. Tiada masalah yang menganggu lagi mereka. Hanya rasa bahagia dan gembira.
Suka tak dengan cite saya? Kalau suka jangan lupa vote ye >.<
YOU ARE READING
Cinta Kita [Complete]
RomanceDhiyan - Vokalis kumpulan TRIO yang terkenal. Menyanyi adalah cita-citanya serta impian seseorang. Walaupun terkenal dan disukai ramai gadis tetapi seorang suami yang setia. Sangat mencintai isterinya. Nur - Merupakan teman Dhiyan sewaktu kecil. Men...